awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial

Bernama
Bernama
28/01/2025
12:30 MYT
Sibu rekod kerugian lebih RM20 juta akibat jenayah komersial
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 581 kertas siasatan telah dibuka dan bagi penyelesaian kes tahun lepas sejumlah 404 pertuduhan telah dibuat. - Gambar fail/BERNAMA
SIBU: Ibu Pejabat Daerah (IPD) Daerah Sibu merekodkan jumlah kerugian wang tunai akibat jenayah komersial mencecah RM20,143,509.90 sepanjang tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 581 kertas siasatan telah dibuka dan bagi penyelesaian kes tahun lepas sejumlah 404 pertuduhan telah dibuat.
Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah kerugian itu, RM17,884,920.24 melibatkan kes tipu yang disiasat di bawah Seksyen 415 hingga Seksyen 420 Kanun Keseksaan; pecah amanah jenayah membabitkan RM1,653,016.65 (Seksyen 405 hingga Seksyen 409 Kanun Keseksaan); kerugian mencecah RM515,648.01 bagi jenayah siber (Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997), along yang merekodkan RM89,925.00 (Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951).
"Bagi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, sebanyak 49,988 saman dikeluarkan dan sejumlah RM1,378,088 telah dikenakan berkaitan dengan pelbagai kesalahan trafik," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan IPD Sibu di sini hari ini.
Perhimpunan berkenaan menyaksikan 27 petugas IPD Sibu menerima sijil penghargaan Ketua Polis Daerah, 11 menerima sijil penghargaan Pesuruhjaya Polis Sarawak dan 19 pegawai rendah polis mendapat kenaikan pangkat.
Zulkipli berkata Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah membuat rampasan dadah yang dianggarkan bernilai RM298,942 dengan jumlah tangkapan sebanyak 1,098 orang sepanjang tahun lepas.
Dalam tempoh itu juga, katanya rekod kes jenayah indeks ialah 697 kes dan kes selesai sebanyak 657 atau 94 peratus.
"Sesungguhnya, semua pencapaian bertitik tolak daripada kesungguhan dan komitmen warga kerja IPD Sibu dalam menghasilkan kecemerlangan perkhidmatan sekali gus memastikan keselamatan umum daerah Sibu sentiasa terpelihara dan terjamin," katanya.
Selain itu, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti telah mengadakan strategi tindakan berupa penglibatan komuniti melalui kempen kesedaran keselamatan, seperti program rondaan sukarela dan program jiran pintar yang berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keberkesanan polis dalam menjaga keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah komersial
#program rondaan
#kempen kesedaran
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan