awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang DUN Kelantan akan dilakukan secara bersemuka: Speaker

Bernama
Bernama
26/06/2021
10:29 MYT
Sidang DUN Kelantan akan dilakukan secara bersemuka: Speaker
Keputusan sidang DUN Kelantan dibuat secara bersemuka selepas mengambil kira jumlah ADUN yang lebih kecil iaitu 45 orang berbanding persidangan Parlimen yang melibatkan 222 ahli Dewan Rakyat. - Gambar BERNAMA
KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bakal dilaksanakan secara bersemuka, kata Speakernya, Datuk Abdullah Ya'kub.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lebih kecil iaitu 45 orang berbanding persidangan Parlimen yang melibatkan 222 ahli Dewan Rakyat.
Abdullah berkata bagaimanapun, tarikh persidangan DUN Kelantan hanya akan diketahui selepas tarikh sidang Parlimen ditentukan.
"Persidangan DUN Kelantan tetap akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung COVID-19 sebagaimana yang dilakukan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.
"Kerajaan negeri juga sudah bersedia untuk mengadakan sidang DUN pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Kali terakhir, DUN Kelantan bersidang ialah pada 13 April 2020 dan berlangsung selama 45 minit ekoran pelaksanaan PKP. - Bernama
Topic Berkaitan
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
#Kelantan
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#ADUN
#persidangan DUN Kelantan
#secara bersemuka
#SOP
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan