NATIONAL
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Waktu operasi rel Rapid KL dilanjut

Orang ramai juga digalakkan menggunakan sepenuhnya kemudahan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan ke lokasi tumpuan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel serta meningkatkan kekerapan tren di sekitar Lembah Klang dari 23 hingga 27 Mei ini, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ringkasan AI
- Peningkatan operasi Rapid KL sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46: Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi rel dan meningkatkan kekerapan tren dari 23 hingga 27 Mei.
- Penyesuaian waktu puncak dan penambahan kakitangan: Waktu puncak bagi perkhidmatan rel akan dilanjutkan satu jam, sementara kekerapan tren pada hujung minggu juga ditingkatkan.
- Kelewatan perkhidmatan bas dan saranan perjalanan: Beberapa laluan bas dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand dijangka mengalami kelewatan akibat penutupan jalan berperingkat.
“Waktu puncak baharu bermula 6.30 pagi hingga 10.00 pagi, dan 4.30 petang hingga 8.00 malam, berbanding waktu asal iaitu 7.00 pagi hingga 9.30 pagi serta 5.00 petang hingga 7.30 malam.
"Kekerapan tren pada hujung minggu juga akan ditingkatkan pada 25 dan 26 Mei bagi menampung peningkatan jumlah penumpang," katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai langkah tambahan, 400 kakitangan sokongan akan ditempatkan di beberapa stesen utama bagi membantu pergerakan penumpang dengan lebih lancar.
Dalam pada itu, beberapa laluan bas dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand dijangka mengalami kelewatan akibat penutupan jalan secara berperingkat oleh pihak berkuasa.
Antara laluan yang terlibat termasuk:
• Laluan 402 (LRT Titiwangsa – LRT Maluri)
• Laluan 302 (LRT Titiwangsa – KLCC)
• Laluan 300 (Hab Pandan Indah – Lebuh Ampang)
• Laluan 303 (Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang)
• Rapid KL On-Demand (Zon Titiwangsa – Chow Kit)
"Rapid KL turut menyarankan pengguna untuk merancang perjalanan lebih awal serta memantau maklumat terkini melalui media sosial rasmi atau aplikasi PULSE.
"Orang ramai juga digalakkan menggunakan sepenuhnya kemudahan pengangkutan awam bagi memudahkan perjalanan ke lokasi tumpuan serta menyumbang kepada kelancaran trafik sepanjang tempoh persidangan dan acara berskala besar yang sedang berlangsung di ibu negara," ujarnya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami