awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat selesaikan isu Myanmar - Mohamad

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
08/10/2024
09:25 MYT
Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat selesaikan isu Myanmar - Mohamad
Mohamad berkata negara bersempadan dengan Myanmar kini terpaksa mendepani masalah dibawa negara itu yang ketika ini menjadi negara utama dalam kegiatan jenayah seperti pemprosesan dadah, penipuan kerja dan judi dalam talian.
VIENTIANE: Masalah dan konflik dalaman Myanmar yang kini memberi masalah kepada negara lain di rantau Asia Tenggara, diharap dapat diselesaikan menerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan 45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan, yang bermula esok.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata negara bersempadan dengan Myanmar kini terpaksa mendepani masalah dibawa negara itu yang ketika ini menjadi negara utama dalam kegiatan jenayah seperti pemprosesan dadah, penipuan kerja dan perjudian dalam talian.
‘’Isu dalaman Myanmar ini sudah menjadi (masalah) rentas sempadan. Negara bersempadan dengan Myanmar berdepan masalah akibat isu dalaman mereka.
‘’Jadi, kita mahu supaya isu Myanmar ini dapat ditangani secara bersama oleh anggota ASEAN, yang mana asasnya bertunjangkan kepada Konsensus Lima Perkara (5PC).
‘’Kita mengguna pakai Mekanisme Troika (merujuk tiga negara yang menjadi tuan rumah ASEAN) pada tahun lalu (Indonesia), tahun ini (Laos) dan tahun depan (Malaysia) yang menjadi badan utama dimandatkan ASEAN untuk berunding dengan Myanmar.
‘’Jadi, kita menggesa supaya Myanmar segera menerima pandangan kita. Mereka tidak boleh kata tidak menerima 5PC kerana ketua negara mereka juga adalah penandatangan pada 2021,’’ katanya.
Mohamad berkata demikian semasa ditemui delegasi media Malaysia selepas menghadiri mesyuarat Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN, di sini, pada Selasa.
Terdahulu, Malaysia menerusi Mohamad menyeru ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan yang lebih tegas dalam menangani isu kemanusiaan yang mencengkam melibatkan umat Islam termasuk etnik Rohingya di Myanmar.
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan pertemuannya bersama wakil negara OIC menerusi Meeting of the OIC Contact Group on Rohingya Muslims of Myanmar di luar sidang Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79 di New York, Amerika Syarikat, pada September.
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Mohamad Hasan
#isu Myanmar
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan