awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Situasi di Gaza makin meruncing, Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerakkan
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
Bangladesh panggil duta Myanmar susulan insiden tembahkan rentas sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak ditunda

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
24/02/2020
10:26 MYT
Sidang media khas Ketua Menteri Sarawak ditunda
Sidang media khas itu sepatutnya diadakan pada jam 5 petang di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako, di sini.
Sidang media khas Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dijadualkan berlangsung pada Selasa ditunda kepada suatu masa yang akan dimaklumkan kemudian.
Sidang media khas itu sepatutnya diadakan pada jam 5 petang di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako, di sini.
Bagaimanapun sebab penundaan sidang media yang akan diketuai Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg itu tidak dinyatakan.
Penundaan itu dimaklumkan oleh pegawai media di Pejabat Ketua Menteri sekitar jam 4.15 petang Isnin.
BACA: Ada 'agenda besar', Abang Jo jumpa Ahli Parlimen GPS di KL
BACA: 'Pemimpin negara kena sokong' - Ahli Parlimen Santubong
Sidang media itu difahamkan akan menjelaskan status terkini hala tuju GPS dalam perubahan landskap politik tanah air khususnya dalam pentadbiran pusat.
Ia susulan spekulasi penubuhan kerajaan baru dalam gabungan beberapa parti dari blok kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat.
Malah sejak semalam, situasi politik kecoh apabila mesyuarat tergempar membabitkan parti-parti politik utama negara yang dijalankan serentak di Kuala Lumpur.
BACA: GPS, Warisan dan kuasa penentu Kerajaan Persekutuan
Lebih menarik apabila sebaik sahaja mesyuarat itu selesai, puluhan kenderaan orang kenamaan memasukki Istana Negara.
Angin perubahan terus kencang ke Sarawak apabila dua kenderaan bernombor pendaftaran rasmi kerajaan Sarawak (SG) turut memasuki Istana Negara.
Bagaimanapun sehingga hari ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pemimpin GPS mengenai perkara itu.
Topic Berkaitan
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#Ketua Menteri
#Pakatan Nasional
#PBB
#politik negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan