KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijadual mengadakan sidang media khas jam 4.30 petang hari ini.
Menerusi perkongsian di akaun media sosial beliau, Amirudin memaklumkan sidang media itu adalah berkaitan isu kemanusiaan di Palestin serta perkembangan COVID-19 di negeri itu.
Astro AWANI akan menyiarkan sidang media tersebut di Saluran 501, Live TV (astroawani.com/live-tv) dan di platform media sosial Astro AWANI.
Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan 1,743 kes baharu dilaporkan pada 18 Mei dengan kumulatif kes di negeri itu adalah 157,056 kes.
BACA: Selangor beli vaksin: Tidak timbul isu tidak dapat kebenaran kerajaan - Dr Siti Mariah
Menurut laporan, peningkatan kes itu berlaku susulan pelaksanaan saringan COVID-19 secara besar-besaran di negeri itu sejak awal Mei lalu.

Sumber Facebook amirudinbinshari