KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen perlu meletakkan isu kepentingan rakyat, pemulihan ekonomi, pelan vaksin dan bersidang dalam mood bersama untuk memastikan negara berada kembali ke landasan yang sepatutnya jika sidang dewan diadakan dalam waktu terdekat.
Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pembukaan sidang jika ada juga harus berlandaskan kembali kepada situasi negara yang sedang darurat dan tidak boleh menimbulkan usul yang melanggar Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
Menurut beliau, usul itu termasuk memperuntukan sebarang pilihan raya tidak perlu diadakan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.
"Ia sebenarnya membuka proses semak dan imbang di antara kerajaan serta pembangkang yang mungkin menimbulkan beberapa krisis atau pertegangan yang jelas boleh diselesaikan jika ada persefahaman sesama sendiri.
"Walaupun begitu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh melihat kebenaran bersidang itu dalam skop yang lebih terbuka dan langkah menang-menang antara peranan Parlimen itu sendiri dengan fungsi pihak Eksekutif dan Kehakiman yang berjalan kini," katanya dalam sidang video pada Khamis.
BACA: Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - Agong
BACA: Persidangan Parlimen: Azalina Othman junjung kasih titah Agong
Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan Parlimen kembali bersidang dalam tempoh darurat.
Menerusi ciapan di Twitter, Azalina merakamkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sentiasa menjadi pelindung rakyat dan penjaga Perlembagaan negara.
Dalam pada itu, kata Mas Ermieyati, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang diumumkan baru-baru ini juga sudah merangkumi pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.
Beliau berkata, ia mungkin menjadi pelengkap kepada jawapan isu-isu semasa dan berorientasi rakyat yang mungkin akan dibincangkan di Parlimen.
Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Muhyiddin.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda menegaskan bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut.
Astro Awani
Thu Feb 25 2021

Mas Ermieyati berkata, pembukaan sidang jika ada juga harus berlandaskan kembali kepada situasi negara yang sedang darurat. - Facebook @ Mas Ermieyati Samsudin

Jenayah | Bukan jatuh, rupanya ditolak suami dari tingkat 18
Wanita yang disangka terjatuh dari tingkat 18 Kondominium Bukit Awana Jalan Bukit Kukus, George Town semalam rupanya ditolak oleh suaminya sendiri. Perkara itu disahkan oleh polis yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, susulan kejadian itu, polis telah menahan suami mangsa berusia 34 tahun.

Politik | Pas enggan dedah strategi PRU-15
Pas tidak akan mendedahkan kepada umum berkaitan strategi yang akan digunakan parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum ke-15 terutama melibatkan soal pembahagian kerusi.

Bayi lelaki berbalut tuala ditemui bersama nota di depan pintu pejabat
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berbalut dengan tuala berwarna hijau muda itu ditemui jam 7.40 malam Sabtu oleh seorang lelaki yang datang ke bangunan berkenaan untuk melawat rakannya.

KPKT akan pinda Akta 118, bantu pembeli projek perumahan terbengkalai
Secara dasar, pindaan itu dirancang untuk mengawal dari berlakunya projek terbengkalai sekaligus membela nasib pembeli rumah.

AWANI Ringkas: PH tetap sokong Anwar calon Perdana Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiada bazar Ramadan di Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk membatalkan kesemua bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri itu untuk tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin melalui catatan di akaun Facebooknya berkata, langkah itu perlu diambil sebagai usaha membendung penularan COVID-19.

Queenie Ting pecah rekod kebangsaan lempar cakera
Queenie memadamkan rekod dipegang atlet Johor Connie Choo Kang Ni dengan catatan 47.91 m yang dilakar pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Konvensyen Biasa DAP | PH tetap sokong Anwar
Pakatan Harapan (PH) tetap menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun Presiden PKR itu ketika ini sedang terpalit dengan kontroversi audio yang didakwa mirip suaranya dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Jelas Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook, ketua pembangkang itu juga kekal sebagai calon Perdana Menteri bagi PH.

3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini
Promosi 'Harumanis Kembali Lagi' sehingga 30 Jun dilancarkan hari ini, melibatkan pembabitan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.

Rakyat tempatan digalakkan isi 32,000 kekosongan sebagai penuai kelapa sawit
Kerjaya ini mampu beri pendapatan sehingga RM3,000 malah disediakan penginapan selesa dengan kemudahan asas serta pendidikan untuk anak-anak.

Biar pakar tentukan takrifan wilayah - Abang Jo
Jelas Abang Johari status berkenaan belum muktamad dan bergantung hasil perbincangan di bawah MA63 antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

PRN-12: Sarawak akan diberi keutamaan vaksin COVID-19 - Fadillah
Sarawak perlu diberi keutamaan dalam bekalan vaksin bagi elak peningkatan kes pasca PRN Sabah tahun lepas berulang.

Benar atau tidak rentas negeri sempena Hari Raya diumum lebih awal- Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan kebenaran rentas negeri akan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas mereka membuat penilaian risiko.

Terma wilayah permulaan terbaik untuk kembalikan semangat MA63 - Fadillah
Fadillah Yusof menyifatkan terma wilayah untuk Sarawak dan Sabah sebagai satu permulaan bagi menghidupkan kembali semangat Perjanjian Malaysia (MA63).

Apa keistimewaan pertukaran status Sabah kepada wilayah? - Razeef Rakimin
Persoalan timbul apabila adakah pertukaran status berkenaan akan membawa impak positif kepada negeri ini seperti hak milik petroleum, hasil bumi dan sebagainya?

Pemergian Putera Philip: Muhyiddin zahir ucapan takziah
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan takziah buat Ratu Elizabeth II, kerabat diraja Britain dan seluruh rakyat British atas pemergian Putera Philip.

Wilayah Sabah: Tunggu pengumuman rasmi, baru komen - Bung Moktar
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung Moktar Radin hanya akan mengulas mengenai pertukaran status negeri kepada wilayah selepas pengumuman rasmi mengenainya dibuat.

Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah
Isu tular berhubung pertukaran pengunaan istilah wilayah ke atas Sabah dan Sarawak belum dapat disahkan lagi kesahihannya.

IoT untuk rangsang ekonomi negara anggota D-8 pasca COVID-19 - Muhyiddin
Malaysia sedang giat membangunkan industri berasaskan IoT seperti e-dagang, analitik data raya, kecerdasan buatan (AI), blockchain dan automasi.

Sidang Kemuncak D-8 berakhir dengan Deklarasi Dhaka
Sidang Kemuncak Kumpulan D-8 melabuhkan tirainya dengan Deklarasi Dhaka 2021.