Sifat kepimpinan dan sikap terbuka Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V jelas terserlah sejak di bangku sekolah lagi.
Sifat terbuka ini begitu memudahkan guru, Seman@Kamarulzaman Hassan memainkan peranan sebagai seorang pendidik dalam memberi didikan terbaik kepada Seri Paduka.
Ketika itu baginda belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail I di sini.
Pernah, pada satu ketika Seman menegah pengawal keselamatan yang cuba membantu baginda, sebagai seorang murid kecil, mengangkat meja dan kerusi.
"Saya menegah pengawal tersebut kerana ia merupakan satu bentuk didikan kepada baginda dan Alhamdulillah, baginda dapat menuruti arahan yang saya keluarkan," kata Seman ketika ditemui Bernama di rumahnya di Kampung Lembah Sireh di sini.
Seman, 72, yang mengajar di SK Sultan Ismail I pada 1976-1985 berkata ketika pertama kali baginda dihantar ke sekolah itu, bonda baginda Tengku Anis membawa bersama rotan ketika berjumpa dengan guru besar.
Seman berkata, Tengku Anis berpesan kepada guru besar agar merotan anakandanya itu jika melanggar arahan pihak sekolah.
"Saya juga sering menyelitkan nasihat dalam bentuk agama ketika mendidik baginda dan rakan-rakannya dalam kelas kerana saya anggap murid-murid sama seperti anak saya sendiri," katanya.
Seman berkata baginda mempunyai sifat penyabar dan tidak berkonfrontasi dengan rakan-rakan sebaya.
"Jika marah kepada rakan-rakan, baginda tidak mengambil tindakan sendirian dan hanya berdiam diri," katanya.
Sikap terbuka baginda, sekalipun berketurunan diraja, juga terlihat dalam menerima pendapat daripada rakan sebaya.
"Dari kecil lagi baginda sudah menunjukkan bakat kepimpinan dengan mengambil pendekatan berbincang dengan rakan-rakan.
"Baginda cemerlang dalam akademik dan aktif berpersatuan, dan pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas di sekolah berkenaan," kata Seman.
Mengulas mengenai pencapaian baginda dalam bidang pelajaran dan ko-kurikulum, Seman yang merupakan guru bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi berkata baginda merupakan seorang yang fokus kepada pembelajaran.
Baginda juga antara pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata beliau.
"Baginda juga aktif berpersatuan, antaranya menyertai Persatuan Muzik," katanya.
Seman yang kini lumpuh separuh badan akibat serangan angin ahmar berkata baginda masih mengingatinya walaupun telah lama mereka tidak bersua muka.
Ini terjadi semasa banjir pada 2014.
"Ketika itu, kebetulan baginda sedang meninjau keadaan banjir di sekitar Kota Bharu dan terserempak dengan anak saya yang bekerja sebagai anggota bomba.
"Baginda bertanyakan khabar mengenai diri saya dan pada sebelah malamnya sebuah pacuan empat roda datang ke rumah dan menyerahkan bantuan makanan yang dikirimkan baginda," katanya.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini.
Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Disember tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini. - Foto BERNAMA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas guru alami demensia hilang ditemui selamat selepas hampir 5 hari
Seorang bekas guru berusia 84 tahun yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi sejak Isnin lalu ditemui dalam keadaan selamat.
Bekas guru alami demensia hilang sejak Isnin lalu
Seorang bekas guru berusia 84 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Baru Bangi, di sini sejak Isnin lalu.
Peguam tidak mengaku salah dengan sengaja sebabkan kecederaan
Goh Suan Poi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Evangelin Simon Silvaraj.
Anwar tunjuk potensi pemimpin seawal usia 10 tahun - Ustazah Salmah
Bekas guru agama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin sejak usia kanak-kanak lagi.
Wanita terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun kerana miliki dadah
Seorang bekas guru sekolah antarabangsa terlepas tali gantung kerana mengedar metamfetamin seberat 959.5 gram apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan pertuduhan kepada memiliki dadah.
Perak FC lantik dua pengurus pasukan
CEO Perak FC, Rizal Ali Naizali berkata, pelantikan kedua-dua individu itu bagi membantu pasukan mengharungi baki saingan liga musim ini.
Menteri lancar tema Hari Guru melalui video pendek
Tema dipilih bagi menonjolkan peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme, bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sifat kepimpinan Sultan Muhammad V terserlah sejak di sekolah rendah - Bekas guru
Sifat kepimpinan dan sikap terbuka Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V jelas terserlah sejak di bangku sekolah lagi.