KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan yang menjual sijil cuti sakit palsu dengan harga RM30 hingga RM50 sekeping di sekitar Kajang, pada Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, seramai enam individu warga tempatan ditahan dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
"Siasatan awal mendapati, sindiket tersebut telah aktif sejak setahun lalu dan menawarkan penjualan sijil cuti sakit di sekitar Kajang.
"Hasil serbuan itu, polis turut merampas lapan buah telefon bimbit, laptop (1), pendrive (5), buku sijil cuti sakit (6), sijil cuti sakit kerajaan (171), sijil cuti sakit swasta (70), resit rasmi klinik dan barangan lain," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, kesemua suspek iaitu empat wanita dan dua lelaki berumur lingkungan 26 hingga 51 tahun ditahan reman sehingga 13 Disember untuk membantu siasatan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya majikan untuk membuat semakan dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan penjualan sijil cuti sakit itu.
"Orang ramai dan majikan boleh menghubungi hotline IPD Kajang di talian 03-89114242 atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Tanaseelan V. Manogaran.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Astro Awani
Wed Dec 13 2023
Antara barangan termasuk ratusan sijil cuti sakit palsu yang dirampas oleh polis daripada suspek.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun
Impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 33 tahun skuad sepak takraw dalam acara berkumpulan Piala Dunia ISTAF. tidak kesampaian.
Abang Jo mahu etika kewartawanan dipertahankan di era AI
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta setiap wartawan untuk membuat liputan yang lebih bertanggungjawab dan tepat, dalam menghadapi saingan teknologi yang semakin hebat.
Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.
Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah
Pasangan tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal baru-baru ini akan dinikahkan dalam masa terdekat.
Kertas siasatan kes buang beras lengkap, akan dirujuk Peguam Negara
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bahagian undang-undang kementerian akan meneliti secara menyeluruh supaya tindakan diambil itu lengkap.
AEON Bank secara rasmi lancar bank digital Islam pertama di Malaysia
AEON Bank (M) Bhd secara rasmi melancarkan bank digital pada Ahad, sekali gus menjadi bank digital Islam pertama di Malaysia.
Fokus Minggu Depan: HAWANA – Cabaran dan pelindung buat wartawan
812 individu ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu, Ops Bersepadu Sempadan
812 individu ditahan disyaki memiliki dadah menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri ini sejak 16 Mei hingga semalam.
Malaysia Masters 2024: Soon Huat-Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik
Tebus kekecewaan 2017 dengan julang kejuaraan menewaskan pasangan Indonesia.
Polis sah terima laporan MC hilang
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, laporan berhubung kehilangan sijil sakit berkenaan diterima pada 11 Mei lalu.
Sijil cuti sakit dijual RM30-RM50 sekeping
Siasatan awal mendapati, sindiket tersebut telah aktif sejak setahun lalu dan menawarkan penjualan sijil cuti sakit di sekitar Kajang.
Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.
Empat ditahan disyaki terlibat jual sijil cuti sakit palsu
Polis turut merampas sejumlah dokumen sijil cuti sakit palsu dan peralatan membuat serta mencetak sijil cuti sakit.
Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap Azwanddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan JJM, Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailka
Najib sakit mata, perbicaraan 1MDB ditangguhkan
Muhammad Shafee berkata, setakat pagi ini, Najib belum lagi pergi ke klinik mata, namun beliau menjangkakan anak guamnya akan mendapat sijil cuti sakit (MC) untuk tempoh satu hingga dua hari.
Sijil cuti sakit palsu: Doktor dikenakan tindakan tegas jika terbabit
Menjadi kesalahan sekiranya pengamal perubatan mengeluarkan sijil sakit palsu tanpa melakukan pemeriksaan kesihatan.
Gara-gara tak dapat MC, doktor ditampar
Doktor berusia 29 tahun itu ditampar suami kepada wanita terbabit yang berang kerana tidak mendapat sijil cuti sakit selepas mendapat rawatan.