KUALA LUMPUR:Sikap UMNO boleh menentukan kedudukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar.
Hisomuddin menjelaskan sikap UMNO Pusat yang tidak konsisten terhadap kerjasama yang membentuk PN boleh menentukan kedudukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.
Jelas beliau, usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal yang akan dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Manaf Hashim pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bergantung sejauh mana sokongan UMNO terhadap PN.
"Usul percaya ini bergantung kepada sikap UMNO terhadap Perikatan Nasional, sekiranya mereka masih mahu bersama gabungan ini maka usul undi percaya ini akan mendapat sokongan majoriti ADUN UMNO Perak.
"Maksudnya Menteri Besar mendapat sokongan penuh dari ADUN-ADUN UMNO dan PN yang lain, tidak hilang jawatan dan kerajaan.
"Kalau kita lihat di peringkat Pusat, UMNO tidak konsisten terhadap PN, sekejap macam sokong dan ada ketikanya kenyataan yang dibuat seolah-olah sudah tidak boleh bersama.
"Jadi usul percaya ini bergantung kepada sikap UMNO Pusat sama ada merestui sekiranya UMNO Perak mahu bertindak terhadap PN," katanya kepada Astro AWANI.
Hisomuddin juga menjelaskan, sekiranya wakil rakyat UMNO di Perak memilih untuk tidak menyokong usul undi percaya itu ia akan memberi kesan terhadap kerjasama parti itu diperingkat pusat.
"Kalau UMNO tidak sokong Peja (Ahmaf Faizal) bermakna PN di Perak tumbang dan akan ada masalah antara UMNO dan PN di peringkat Pusat juga," katanya lagi.
Baru-baru ini, Speaker Dun Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memberitahu media bahawa terdapat satu usul percaya terhadap Ahmad Faizal akan dibawa oleh ADUN Pengkalan Baharu dari UMNO.
BACA: Usul undi percaya bukan perkara janggal - Speaker DUN Perak
Irwan Muhammad Zain
Wed Dec 02 2020
Speaker Dun Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid memberitahu terdapat satu usul percaya terhadap Ahmad Faizal (gambar) akan dibawa oleh ADUN Pengkalan Baharu dari UMNO. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.