awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Simbah minyak di lebuh raya: Orang ramai diminta lapor polis

Bernama
Bernama
05/07/2017
12:55 MYT
Simbah minyak di lebuh raya: Orang ramai diminta lapor polis
Kemalangan di beberapa laluan lebuh raya di negara ini adakalanya dikaitkan dengan perbuatan menyimbah minyak di permukaan jalan. - Gambar fail
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau bukti tentang perbuatan khianat seperti menyimbah minyak di lebuh raya supaya tampil membuat laporan polis untuk siasatan.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor menggesa demikian ketika mengulas mengenai kemalangan beberapa buah kenderaan berhampiran KM75.5 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur (KLK) Isnin lalu yang didakwa disebabkan perbuatan menyimbah minyak oleh individu tertentu.
Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan sebagai tidak tepat, kononnya kemalangan itu berlaku akibat perbuatan khianat seperti yang tular di laman sosial.
Katanya, siasatan mendapati kemalangan itu berpunca daripada kesan minyak akibat daripada kemalangan yang berlaku sebelum itu.
"Memang benar semasa saya sendiri melalui tempat kejadian terdapat banyak kesan minyak tumpah, namun bukan sebab sengaja dicurah seperti yang digembar gemburkan," katanya kepada Bernama.
Menurutnya pihak polis dengan kerjasama pemegang konsensi lebuh raya berkenaan, Anih Berhad sentiasa mengawasi beberapa kawasan panas berlaku kemalangan di sepanjang KLK untuk menyekat perbuatan khianat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#lebuh raya
#minyak
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan