PASIR PUTEH: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan lapan premis menjual makanan di sekitar Pasir Puteh dekat sini ditutup selepas gagal mencapai tahap kebersihan yang telah ditetapkan.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua premis itu diarah tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Lebih mengejutkan apabila pihaknya turut berkongsi tindakan peniaga makanan meletakkan peralatan memasak di dalam tandas.
"Pemilik premis makanan yang tidak mematuhi perintah penutupan premis makanan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Menurut beliau, sepanjang operasi itu sebanyak 109 notis dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan di atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Ujarnya, daripada jumlah tersebut 91 notis dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan 32, iaitu berkaitan dengan pakaian pengendali makanan.
Dr Zaini memberitahu, selebihnya ia melibatkan kesalahan di bawah Peraturan 33, Peraturan 38, Peraturan 32B dan Peraturan 11.
"Melalui operasi ini sebanyak 52 buah premis makanan telah diperiksa melibatkan kekuatan 77 orang kakitangan JKNK.
"JKNK sentiasa peka dan mengambil berat isu berkaitan keselamatan dan kualiti makanan di negeri ini," katanya.
Menurut beliau, JKNK menasihatkan orang ramai khususnya yang mengunjungi premis makanan di daerah Pasir Puteh dan juga di seluruh negeri supaya memilih premis makanan yang bersih ketika makan di luar. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023
Jabatan Kesihatan Kelantan mendedahkan tindakan peniaga makanan meletakkan peralatan memasak di dalam tandas. - Gambar/ Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Restoran ini kotor hingga saya rasa loya, hampir muntah' - Exco Perak
Pemeriksaan mendapati premis terbabit sengaja membiarkan dapur dalam keadaan tidak bersih, berbau dan terdapat tanda najis lipas.
Najis tikus dalam stor simpan bahan mentah, tiga premis makanan diarah tutup
MBPP berkata arahan penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari ini dibuat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.
Simpan alatan memasak dalam jamban, kedai makan kotor diarah tutup
JKNK mengarahkan lapan premis menjual makanan di sekitar Pasir Puteh dekat sini ditutup selepas gagal mencapai tahap kebersihan yang telah ditetapkan.
Restoran di Sandakan diarah tutup 14 hari akibat terlalu kotor
Restoran berkenaan dikenakan perintah tutup selama 14 hari dan diarah agar segera menjalankan kerja pembersihan.
Restoran Anuar Kari Kepala Ikan 'bawah pokok' diarah tutup
Sebuah premis makanan yang menyediakan menu popular kari kepala ikan di Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden diarah tutup.
Sebanyak 13 premis makanan kotor diarah tutup
Kesemua premis yang diarah tutup itu telah diberi tempoh selama 14 hari untuk melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Seksyen 10 dan 11 Akta Makanan 1983.
Sampai bila pilih premis makanan kotor?
Adakah melihat tikus-tikus berkeliaran di bawah kerusi dan meja di medan selera suatu yang dianggap biasa di Malaysia?