Bersedia untuk menyimpan misai dan janggut bagi menyokong kempen tiga bulan 'Movember- The Ultimate Shave Off' anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) bersama kumpulan sukarelawan Rainbow untuk meningkatkan kesedaran terhadap kanser prostat.
Menerusi kempen itu, lelaki digalakkan menyimpan misai atau janggut dari Sept hingga Nov, sebelum dicukur pada penghujung kempen sebagai simbolik kepada pesakit kanser yang kehilangan rambut mereka ketika menjalani rawatan.
Pengasas dan Presiden MAKNA, Datuk Mohd Farid Ariffin berkata, kempen mengumpulkan dana itu juga bagi menggalakkan orang ramai berbincang secara terbuka mengenai kanser prostat yang jarang didedahkan berbanding kanser yang lain.
"Ia seperti kempen yang mudah tapi kami berharap mesejnya sampai kepada kaum lelaki mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan berkala serta usaha awal mengesan penyakit ini," katanya.
Kempen ini dimulakan di Australia pada 1999 bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu kesihatan lelaki termasuk kanser prostat, dengan menyimpan misai pada November.
Seorang pesakit kanser, Harikrishnan Maniam, 26, berkata pembabitan orang awam dalam kempen ini sangat dihargai kerana penderita kanser sememangnya memerlukan sokongan moral dan kewangan.
"Ketika saya menjalani rawatan dulu, saya kehilangan rambut dan menjadi botak, jadi saya tahu bagaimana perasaan tanpa rambut," katanya.
Seorang lagi bekas pesakit kanser, May Lui, 41, berkata inisiatif itu harus diadakan secara tahunan bagi mengalakkan masyarakat lebih memahami penyakit tersebut sambil mewujudkan kesedaran mengenai kanser prostat.
Kanser prostat adalah penyakit keempat daripada 10 kanser yang sering berlaku di kalangan lelaki Malaysia.
Bernama
Wed Aug 19 2015

Menerusi kempen itu, lelaki digalakkan menyimpan misai atau janggut dari Sept hingga Nov, sebelum dicukur pada penghujung kempen sebagai simbolik kepada pesakit kanser yang kehilangan rambut mereka ketika menjalani rawatan. - Gambar hiasan

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Janggut topeng Firaun Tutankhamun tertanggal, lapan didakwa cuai
Pihak pendakwa raya telah membuka kertas siasatan mengenai kerosakan berkenaan pada tahun lalu, dengan menekankan soal protokol pemuliharaan yang tidak dipatuhi petugas muzium.

Simpan misai untuk kempen kesedaran kanser prostat
Menerusi kempen itu, lelaki digalakkan menyimpan misai atau janggut dari Sept hingga Nov, sebelum dicukur pada penghujung kempen sebagai simbolik kepada pesakit kanser yang kehilangan rambut mereka.