Sindiket ‘African scam’ atau penipuan berbentuk bungkusan hadiah merupakan jenayah siber dan multimedia yang begitu popular dan menguntungkan sindiket penipuan pada tahun lalu.
Tahun lalu sahaja, jumlah kes melibatkan jenayah siber dan multimedia yang direkodkan hanyalah sebanyak 4,902 kes, namun kerugian yang dicatatkan membabitkan jumlah wang sebanyak RM98.6 juta.
Dalam tahun 2011 pula, jumlah kes yang dicatatkan adalah 6,586 kes yang melibatkan kerugian sebanyak RM80.5 juta.
Sementara itu, sebanyak 3,832 kes pula direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini yang mencatatkan kerugian sebanyak RM56.2 juta.
Penolong Pengarah Unit Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Supt Ahmad Noordin Ismail berkata meskipun masyarakat telah berulang kali diingatkan tentang bahaya sindiket penipuan siber dan multimedia ini, mereka masih lagi menjadi mangsa dek kerana sikap mudah percaya dengan setiap tawaran atau pengumuman kemenangan yang diterima.
“Walaupun melalui data statistik mencatatkan terdapat pengurangan dalam jumlah kes, tetapi ini tidaklah bermakna kerugian yang dicatatkan turut berkurangan,” katanya kepada Astro AWANI di pejabatnya di Bukit Perdana di sini.
“Sebagai contoh, pada tahun lalu sahaja, sindiket ‘African Scam’ atau penipuan berbentuk bungkusan hadiah atau ‘parcel’ telah mencatatkan sebanyak 814 kes yang melibatkan kerugian sebanyak RM33.6 juta. Ia adalah penipuan yang tertinggi dalam tahun itu dan begitu popular digunakan oleh sindiket penipuan,”.
Ahmad Noordin menjelaskan, penipuan berbentuk ‘parcel’ ini lazimnya dijalankan oleh ahli-ahli sindiket dari benua Afrika yang akan mengambil kesempatan atas simpati dari mangsa.
Mereka selalunya akan mensasarkan wanita yang sudah berusia, ibu tunggal dan wanita yang selalunya hidup secara berseorangan.
“Mangsa akan diyakinkan untuk mewakili suspek untuk menuntut bungkusan ‘parcel’. Sebelum itu, suspek tersebut akan berkenalan dengan mangsanya melalui laman sosial dan ketika tuntutan itu dibuat, mangsa akan diminta untuk membayar pelbagai bayaran termasuklah bayaran yang dikatakan sebagai caj pentadbiran,” katanya lagi.
Namun, apabila wang yang dibayar telah dipindahkan melalui akaun yang disediakan, barang yang cuba dituntut itu tidak pernah kunjung tiba malah suspek akan terus menhilangkan diri dan melesapkan duit tersebut.
“Penipuan ini banyak melibatkan kerugian wang yang amat besar. Ini kerana mangsa terpaksa membelanjakan wang sekurangnya RM5,000 untuk setiap pembayaran yang dilakukan. Mangsa akan mula menyedari mereka telah ditipu setelah banyak wang yang telah dikeluarkan dan barangan itu pula tidak ada,” kata Ahmad Noordin.
Walaupun telah begitu banyak taktik penipuan sebegitu rupa didedahkan oleh polis, warga Malaysia masih lagi menjadi mangsa kepada sindiket ini.
“Ini menunjukkan orang Malaysia sangat suka mengambil mudah setiap perkara. Mereka seharusnya tahu bahawa setiap tawaran hadiah atau apa sahaja pengumuman kemenangan atau tawaran melalui panggilan telefon atau email yang ‘indah khabar dari rupa’ selalunya adalah perkara yang sememangnya berbentuk penipuan,” katanya lagi.
Selain itu, terdapat beberapa lagi penipuan yang melibatkan jenayah siber dan multimedia yang dikenalpasti oleh polis seperti penipuan SMS dan email, penipuan transkasi dalam talian, perbankan Internet dan penyamaran ‘spoofing’ yang selalu dilakukan melalui panggilan telefon.
Polis menggesa kepada orang awam yang menerima SMS, email, panggilan telefon atau tawaran-tawaran yang meragukan supaya melaporkan kepada pihak polis kerana ini dapat mengelakkan mereka dari menjadi mangsa.
“Kami berharap orang awam dapat mendapat kesedaran mengenai bentuk-bentuk penipuan ini kerana ianya dapat mengelakkan mereka dari terus menjadi mangsa,” kata Ahmad Noordin.
Aizat Sharif
Tue Nov 26 2013
Contoh emel-emel 'terdesak' yang dihantar penyangak-penyangak siber bertujuan untuk menipu. -- fotoBERNAMA
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Ibu tunggal rugi hampir setengah juta akibat African Scam
Lelaki yang dikenali sebagai Li Wei itu dikatakan telah mempelawa mangsa melabur dalam satu projek minyak dan gas di Itali.
Rugi RM6.2 bilion akibat penipuan
Sebanyak 25,000 kertas siasatan melibatkan kes jenayah komersial telah dibuka di seluruh negara membabitkan nilai kerugian berjumlah RM6.2 bilion bagi 2019.
African Scam: 34 individu ditahan di Malaysia dan Singapura
Kesemua mereka ditahan di sekitar Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Singapura sejak Isnin sehingga Jumaat lepas dalam operasi dengan kerjasama polis Singapura.
Sindiket 'African Scam' catatkan kerugian sehingga RM33.6 juta tahun lalu
Sindiket African scam atau penipuan berbentuk bungkusan hadiah merupakan jenayah siber dan multimedia yang begitu popular dan menguntungkan sindiket penipuan pada tahun lalu.