awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket ganja di P.Pinang tumpas, empat lelaki ditahan

Bernama
Bernama
22/07/2025
12:30 MYT
Sindiket ganja di P.Pinang tumpas, empat lelaki ditahan
Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki termasuk seorang warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM53,500 dalam serbuan di Bukit Mertajam, dan Gurun, Kedah. - X/@bernamadotcom
BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki termasuk seorang warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM53,500 dalam serbuan di sini dan Gurun, Kedah.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kesemua lelaki yang ditahan dalam operasi bermula 4 petang Ahad hingga 5 pagi semalam itu merupakan warga tempatan berusia 32 hingga 61 tahun.
Beliau berkata dalam serbuan pertama di Seberang Jaya, pihaknya menahan tiga lelaki di kawasan parkir dan pemeriksaan menemukan dua beg kanvas mengandungi 10 bungkusan plastik berisi ketulan mampat daun-daun kering dipercayai ganja seberat 9,920 gram (g) yang disimpan di dalam but.
"Polis kemudian menjalankan serbuan susulan di Gurun dan menahan seorang lagi lelaki di kawasan parkir dengan pemeriksaan lanjut menemukan guni mengandungi tujuh bungkusan plastik berisi ketulan mampat daun kering, iaitu ganja seberat 6,995g.
"Polis turut merampas empat peket heroin seberat 30.34g dan tiga peket syabu 3.45g bersama lelaki itu dengan kesemua dadah yang dirampas bernilai RM53,500," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Alwi berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu mendapat bekalan ganja daripada rangkaian pengedaran dadah termasuk dari negara jiran sebelum mereka membungkus dalam kuantiti kecil dan menjual untuk pasaran di negeri ini.
Beliau berkata siasatan juga mendapati sindiket itu telah aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak Mei lepas dan keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan kira-kira 35,000 penagih.
"Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif pelbagai jenis dadah dan mereka turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah," katanya.
Beliau berkata polis turut menyita sebuah Perodua Rusa bernilai RM11,000 dan kesemua suspek kini direman tujuh hari hingga 27 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket ganja di Pulau Pinang
#sindiket pengedaran dadah
#serbuan di Gurun Kedah
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan