awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket judi dalam talian didalangi 'Datuk Seri' tumpas, 19 ditahan

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2021
08:08 MYT
Sindiket judi dalam talian didalangi 'Datuk Seri' tumpas, 19 ditahan
Tangkapan dilakukan hasil serbuan di sebuah premis dekat Jalan Pudu dan sekitar ibu negara, antara 17 hingga 20 Mei lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan satu sindiket judi dalam talian dan mesin slot selepas menahan 19 individu termasuk dalang utamanya, seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri'.
Tangkapan dilakukan hasil serbuan di sebuah premis dekat Jalan Pudu dan sekitar ibu negara, antara 17 hingga 20 Mei lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata dalam serbuan di rumah suspek utama berusia 55 tahun di Bukit Segar, Cheras 20 Mei lalu itu polis turut merampas wang tunai berjumlah lebih RM500,000.
Turut dirampas tiga jam tangan bernilai RM238,000, jongkong emas dan loket hampir RM60,000 serta tiga kenderaan mewah bernilai RM1.2 juta.
Selain suspek utama turut ditahan10 individu tempatan termasuk seorang wanita, lima lelaki warga Myanmar dan tiga lelaki warga Bangladesh yang berusia antara 17 hingga 71 tahun.
Selain itu katanya, polis turut menyita pelbagai barangan termasuk 16 alat kawalan perjudian, empat set komputer, dua projektor, sebuah modem, dua kotak perisian perjudian, dua kotak pengisian kredit, dua cip kredit perjudian serta wang tunai.
Sindiket itu yang aktif sejak Januari lalu dianggarkan mengaut keuntungan antara RM10,000 hingga RM30,000 sehari bergantung kepada sambutan pelanggan.
Topic Berkaitan
#sindiket
#mesin slot
#Ketua Polis Kuala Lumpur
#Azmi Abu Kassim
#dalang
#Datuk Seri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan