awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
08/07/2024
03:50 MYT
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Polis turut merampas sebahagian barangan kes seperti jam tangan dan beg tangan wanita. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Sindiket pecah rumah yang disyaki menjadi dalang dalam 15 kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, berjaya ditumpaskan polis, pada Sabtu lalu.
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita berusia lingkungan 22 hingga 32 tahun itu ditahan polis di sekitar Lembah Klang.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, pihaknya sedang menyiasat satu kejadian pecah rumah di daerah itu yang berlaku pada Khamis lalu.
"Polis menerima laporan daripada seorang pengadu memaklumkan rumahnya dipecah masuk melalui pintu pagar yang dirosakkan dan rumah berada dalam keadaan berselerak, pada 12.30 tengahari.
"Pengadu juga mendapati barang berharga serta wang tunai miliknya serta keluarganya telah hilang dengan anggaran kerugian bernilai RM40,000.
"Hasil risikan, Cawangan D4 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Subang Jaya telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki dan dua wanita warga tempatan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Wan Azlan berkata, polis turut merampas sebahagian barangan kes seperti jam tangan dan beg tangan wanita.
"Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau selain soal siasat mendapati sindiket itu terlibat dengan lebih 15 kes pecah rumah sekitar Subang Jaya.
"Kesemua tangkapan ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#sindiket pecah rumah
#Subang Jaya
#Wan Azlan Wan Mamat
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan