KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan sembilan warga asing dalam serbuan Ops Serkap pada 5 dan 6 Jun lalu.
Ops Serkep yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Kanan Hasanal Ag Hashim bersama 22 pegawai penguat kuasa JIM dijalankan di tiga lokasi iaitu Kampung Air, Kampung Likas dan Inanam.
Pengarah JIM Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, semua yang ditahan membabitkan enam lelaki dan tiga wanita warga Filipina berusia lingkungan 20 hingga 76 tahun.
Mereka ditahan bersama 90 keping surat pengesahan dokumen sementara, surat pengesahan unit penempatan dan resit pengenalan sementara Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah yang dipalsukan.
"Kita turut merampas 22 keping Mykad dan salinan sijil lahir serta 13 keping permit masuk IMM.5 dan pas lawatan IMM13 JIM yang dipalsukan.
"Pasukan JIM turut berjaya merampas 140 keping gambar berukuran pasport yang dipercayai untuk tujuan pengeluaran dokumen palsu," katanya pada sidang media di pejabatnya, pada Rabu.
Muhamad Sade berkata, JIM turut merampas dua kenderaan termasuk sebuah pacuan empat roda dan kesemua suspek ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu pemalsuan atau pindaan bagi pengendorsan atau dokumen.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 56(1) (j), Seksyen 56(1) (i) dan Seksyen 56(1A) (c) akta yang sama.
"Ia membabitkan kesalahan menggunakan dokumen milik orang lain, menggunakan dokumen palsu dan bersubahat serta membabitkan diri untuk melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
"Semua suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai pas yang sah," tambahnya.
Katanya semua dokumen berkenaan dijual kepada warga Filipina pada harga sekitar RM100 hingga RM500 dan sehingga kini dipercayai 200 hingga 300 dokumen sudah dikeluarkan.
Pihaknya memohon kerjasama orang ramai supaya melaporkan sebarang aktiviti pemalsuan dokumen kerajaan kepada JIM untuk tindakan segera.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan itu bertujuan untuk menggalakkan pendatang asing tanpa izin (PATI) tinggal di negara ini.
Junaidi Ladjana
Wed Jun 09 2021
Datuk Dr Muhamad Sade (tengah) memaklumkan sehingga kini dipercayai sekitar 300 dokumen palsu sudah dijual kepada warga Filipina pada harga mencecah sehingga RM500. - FOTO: Astro AWANI
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Serkap: 53 bas dikesan melakukan pelbagai kesalahan - SPAD
Sebanyak 53 buah bas didapati melakukan pelbagai kesalahan menerusi Ops Serkap di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) malam tadi.