awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket penipuan pelaburan bitcoin tumpas

Sinar Harian
Sinar Harian
31/05/2021
21:30 MYT
Sindiket penipuan pelaburan bitcoin tumpas
Hasil siasatan terdapat dua laman web dipercayai digunakan suspek dalam aktiviti pelaburan bitcoin yang tidak wujud.
JOHOR BAHRU: Polis menahan lapan suspek disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan Bitcoin yang tidak wujud dalam dua serbuan berasingan di sebuah pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, semua suspek termasuk dua warganegara China berusia 21 hingga 33 tahun ditahan dalam serbuan pada jam 5.45 petang.
"Menerusi serbuan itu, polis turut merampas dua set komputer, tiga komputer riba, 35 telefon pintar pelbagai jenama, buku catatan dan wang tunai RM7,200.
"Hasil siasatan terdapat dua laman web dipercayai digunakan suspek dalam aktiviti pelaburan bitcoin yang tidak wujud.
"Media sosial menjadi platform buat semua suspek mencari mangsa dengan memulakan perbualan sebagai kawan sehingga memperoleh kepercayaan mangsa dan seterusnya mendorong serta memperdaya mereka untuk pelaburan bitcoin," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, suspek menerima gaji RM2,300 sebulan dan komisyen sebanyak 10 peratus daripada hasil penipuan yang berjaya dibuat bagi setiap kes.
Mohd Padzli (kanan) melihat barang rampasan digunakan sindiket pelaburan bitcoin yang tidak wujud selepas melakukan dua serbuan di Jalan Tanjung Puteri, Johor Bahru, pada Ahad.
Mangsa yang menyertai pelaburan itu katanya, dikehendaki memasukkan wang ke dalam akaun bank ditentukan suspek yang dipercayai dikawal dari luar negara.
Beliau berkata, semakan rekod ke atas suspek mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah.
"Enam suspek warganegara tempatan ditahan reman selama empat hari manakala dua suspek warganegara China ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati sekiranya ditawarkan untuk menyertai sebarang pelaburan. Pastikan dahulu pelaburan itu wujud dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya.
Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 (Tipu) Kanun Keseksaan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Sindiket penipuan pelaburan bitcoin tumpas
Topic Berkaitan
#sindiket
#pelaburan
#Bitcoin
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan