SEPANG: Polis menumpaskan sindiket penipuan tawaran kerja membabitkan kerugian RM843,996 yang beroperasi di premis kediaman di Cyberjaya dalam satu serbuan pada 2 Ogos (Selasa).
Dalam serbuan di Cyberjaya itu, lima individu berumur 17 hingga 32 tahun termasuk seorang warga asing ditahan selain lima komputer riba dan lima telefon bimbit turut dirampas.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam sidang media, di sini, hari ini berkata, sindiket itu dipercayai telah beroperasi beberapa bulan lepas dan mangsa sindiket dikatakan perlu menjadi jurujual produk dengan tawaran gaji lumayan dan komisen sampingan.
Menurutnya, modus operandi sindiket adalah dengan membuat iklan tawaran kerja di laman Facebook dan Instagram dan apabila terdapat mangsa memohon kerja, sindiket akan memberi tugasan kepada mangsa untuk menjual produk daripada syarikat dalam talian yang dicipta oleh sindiket.
Bagi setiap produk yang berjaya dijual, mangsa kononnya akan menerima 10 peratus komisen dan ia diterima sehingga tiga kali pembayaran.
Wan Kamarul Azran berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar apabila mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar universiti mendakwa tidak menerima komisen seperti yang dijanjikan manakala pelanggan yang membeli turut mendakwa tidak menerima sebarang produk.
Beliau berkata, sindiket itu menggunakan 22 akaun keldai bagi transaksi penjualan produk tidak wujud, serta telah melibatkan 31 mangsa yang terdiri daripada 'rekrut dan pelanggan' hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM843,996.
"Kerugian tertinggi yang direkodkan adalah melibatkan seorang pelajar universiti dari Cheras iaitu sebanyak RM49,000 serta 22 akaun keldai berkenaan juga dalam proses dibekukan dan pemilik akaun itu juga akan dipanggil untuk memberi keterangan," katanya.
Wan Kamarul Azran berkata, kesemua suspek kini direman selama tiga hari bermula semalam (3 Ogos) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Polis menumpaskan sindiket penipuan tawaran kerja membabitkan kerugian RM843,996 yang beroperasi di premis kediaman di Cyberjaya dalam satu serbuan pada 2 Ogos (Selasa).
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Penolong pegawai IT rugi lebih RM153,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa mendakwa terlibat dengan penipuan pelaburan berasaskan bitcoin setelah mengenali seorang individu menerusi aplikasi Tinder.
Guru rugi lebih RM80,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Wanita itu mulanya berminat dengan satu tawaran pelaburan digital ketika melayari Facebook 8 September lepas.
Bekas pegawai kewangan rugi hampir RM500,000 diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mengakui pertimbangannya dikaburi dengan sifat tamak, dengan bertindak menekan pautan yang diberikan dan dimasukkan ke ruang sembang.
11 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja, diselamatkan dan dibawa pulang
Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya memudah cara kepulangan 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja.