awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan

Bernama
Bernama
17/06/2021
20:15 MYT
Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan
Mohd Mahidisham berkata, modus operandi sindiket ini ialah mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e-dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata dalam serbuan pada pukul 5.00 petang itu, pihaknya telah menahan 15 lelaki dan tiga wanita tempatan, serta seorang lelaki dan seorang wanita warganegara China; dan merampas 19 buah komputer riba serta 147 unit telefon bimbit.
"Modus operandi sindiket ini ialah mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp, dan mangsa yang berminat dengan tawaran kerja berkenaan kemudian diarahkan oleh sindiket ini membeli barangan di platform e-dagang dan dijanjikan komisen bagi setiap pembelian.
"Mangsa seterusnya diarah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh sindiket ini bagi pembelian barangan itu dan sindiket ini kemudiannya akan menghilangkan diri," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kesemua individu itu direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mohd Mahidisham berkata statistik pihak polis menunjukkan sejak Mac hingga 15 Jun lepas sebanyak 33 kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes penipuan tawaran kerja menggunakan platform e-dagang dengan kerugian dianggarkan RM394,064.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan dengan tidak mendedahkan identiti diri kepada individu yang baru dikenali, memeriksa latar belakang syarikat yang menawarkan pekerjaan serta membuat semakan akaun bank sebelum melakukan transaksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#E-dagang
#Mohd Mahidisham Ishak
#penipuan tawaran kerja
#komisen
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#Polis KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan