awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sindrom kebergantungan golongan rentan perlu ditangani - PM

Faida Rahim
Faida Rahim
30/09/2024
04:30 MYT
Sindrom kebergantungan golongan rentan perlu ditangani - PM
Masalah kemiskinan tegar di negara ini hanya boleh diselesaikan dengan memerdekakan golongan rentan, tegas Perdana Menteri Anwar. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA : Masalah kemiskinan tegar di negara ini hanya boleh diselesaikan dengan memerdekakan golongan rentan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, perihal ini boleh dilaksanakan menerusi program yang berkesan.
Tambah beliau, di sebalik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu, apa yang membimbangkan ialah apabila wujud 'sindrom kebergantungan' dalam kalangan golongan terbabit.
"Kita harus jadikan ini satu pengajaran kerana tidak cukup resolusi, dasar dan hebahan tapi mesti program pelaksanaan.
"Kadang-kadang pelaksanaan itu disinggung, (saya) meminjam pandangan pemikir iaitu Samir Amin tentang 'Sindrom Kebergantungan', kita bantu tapi tidak bantu merdekakan mereka dari sudut ekonomi tapi bantu sekadar mereka hidup.
"Golongan rentan ini kekal bergantung kepada penguasa, jadi penguasa dapat faedah politik kerana orang ini akan survive bergantung kepada kita, ini sindrom kebergantungan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Peluncuran Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, pada Isnin.
Tegas Perdana Menteri, situasi begini tidak wajar dibiarkan di bawah kerajaan pimpinannya dan perlu mencari penyelesaian segera.
"Walaupun angka hampir dua tahun ini kemiskinan tegar fokus jumlah yang ada pada tahun 2022 (hampir) diselesaikan. Ya betul di peringkat itu kita berjaya, tapi tidak berjaya melepaskan membebaskan mereka dari sudut ekonomi,” ujar Anwar lagi.
Topic Berkaitan
#kemiskinan
#golongan rentan
#sindrom kebergantungan
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan