SINGAPURA: Agensi kerajaan Singapura telah melaksanakan langkah untuk mengurangkan kesan jerebu ketika Indeks Piawaian Pencemaran 24 jam (24 jam PSI) merekodkan bacaan "Tidak Sihat" hari ini.
Pasukan Petugas Jerebu (HTF) antara agensi kerajaan yang diketuai oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) memaklumkan PSI 24 pertama kali dalam kategori julat Tidak Sihat (24 jam PSI >100) pada 7 pagi di wilayah timur.
"Ini diikuti dengan wilayah tengah menunjukkan bacaan Tidak Sihat pada 11 pagi," menurut kemas kini terbaharunya yang disiarkan di laman sesawang NEA.
Agensi HTF yang bersidang pagi ini telah melancarkan pelan tindakan dan amaran berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang ramai.
HTF berkata NEA akan mula mengeluarkan nasihat jerebu setiap hari mulai petang ini (Sabtu) merangkumi ramalan PSI 24 jam, yang boleh digunakan oleh orang ramai dalam merancang aktiviti mereka untuk tempoh 24 jam akan datang.
Secara umumnya, HTF menjelaskan individu sihat yang terpaksa berada di luar rumah selama beberapa jam mungkin perlu memakai pelitup muka N95 bagi mengurangkan pendedahan apabila kualiti udara yang diramalkan berada dalam julat Berbahaya (PSI >300).
Orang yang terdedah dinasihatkan untuk mengelak atau meminimumkan aktiviti luar apabila kualiti udara merekodkan bacaan Sangat Tidak Sihat (PSI >200).
Warga emas, wanita hamil dan mereka yang mengalami masalah paru-paru atau jantung yang teruk dan mengalami kesukaran bernafas semasa berehat atau semasa melakukan senaman harus berunding dengan doktor mengenai pemakaian pelitup muka N95, kata pasukan petugas itu.
Bagi pengguna jalan raya, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah memaklumkan untuk memandu dengan berhati-hati dan menghidupkan lampu depan apabila jarak penglihatan rendah melalui papan tanda elektronik Sistem Pemantauan dan Nasihat Lebuhraya (EMAS).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Agensi kerajaan Singapura telah melaksanakan langkah untuk mengurangkan kesan jerebu ketika Indeks Piawaian Pencemaran 24 jam (24 jam PSI) merekodkan bacaan "Tidak Sihat" hari ini. - Gambar hiasan
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Inflasi Singapura kekal stabil pada April 2024
Inflasi teras Singapura mencatatkan 3.1 peratus tahun ke tahun pada April, tidak berubah daripada Mac.
"Bila kapal mendarat saya muntah tanpa henti, tak boleh bangun" - Penumpang SQ321
"Saya takut untuk naik kapal terbang sebelum ini, kini saya berasa lebih takut."
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.