TANJUNG MALIM: Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) membuka gelanggang bagi pelajar menyerlahkan bakat dan keterampilan dalam bidang sukan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata suasana persaingan sihat itu juga telah melahirkan atlet yang hebat di pentas antarabangsa seperti jaguh pecut Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Aqil Yasmin, atlet jaguh renang Welson Sim serta Tia'a Faang Der.
"SIPMA sentiasa menjadi platform perhimpunan atlet terbaik institusi pengajian tinggi (IPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang turut melibatkan atlet bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Pasukan yang bertanding pastinya akan mendaftarkan atlet terbaik mereka," katanya ketika berucap merasmikan SIPMA kesembilan Tahun 2023 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini.
Sementara itu, beliau berkata kejohanan bertemakan 'SIPMA Pemangkin Perpaduan Negara' selaras dengan hasrat kerajaan yang memberikan tumpuan kepada perpaduan negara.
"Atlet ini dijalinkan dalam satu perkataan iaitu SIPMA, mereka bertanding dengan cara sihat iaitu melalui sukan dikelolakan dalam satu kejohanan yang gemilang. Sudah pastilah integrasi nasional dapat dicapai melalui penganjuran SIPMA ini," katanya.
Fadhlina berkata penganjuran SIPMA juga selari dengan kerangka dasar Malaysia MADANI berpaksi kepada tonggak kesejahteraan yang membawa makna keseimbangan kehidupan seterusnya membina masyarakat sihat.
Katanya, SIPMA juga selari dengan Dasar Sukan Negara yang menggariskan dua peranan utama IPT iaitu untuk menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan secara aktif dan menyediakan peluang belajar kepada atlet sukan IPT.
SIPMA 2023 yang berlangsung 10 hingga 17 Sept di UPSI disertai lapan majlis sukan di bawah KPM dan KPT.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (dua, kiri) melakukan gimik perasmian Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2023 di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam ini. - Foto BERNAMA
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
SIPMA buka gelanggang pelajar serlah bakat sukan - Fadhlina
Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) membuka gelanggang bagi pelajar menyerlahkan bakat dan keterampilan dalam bidang sukan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.