MEMPERKENALKAN Siri Galaxy S24, telefon pintar berkecerdasan buatan (AI) pertama daripada Samsung yang bakal memaknakan semula cara kita berhubung di era baharu dunia tanpa sempadan.

Segala kemudahan yang ada dipermudahkan dengan kuasa Galaxy AI yang akan menunjukkan cara baharu berkomunikasi, bercipta dan bermain serta membuka potensi serta kemungkinan tak terbatas - di tapak tangan anda.

Siri Galaxy S24 merangkumi model Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra, yang setiap satunya menjanjikan pengalaman mudah alih terunggul dengan Galaxy AI yang akan mengubah cara peranti mudah alih memperkasakan pengguna buat selamanya.

“Ketika peranti mudah alih menjadi titik akses utama untuk kecerdasan buatan (AI), Samsung Galaxy akan menjadi pintu gerbang terbuka untuk pengalaman AI yang selamat dan bermakna pada skala global, pengalaman berpusatkan manusia yang membuatkan kehidupan sehari-hari lebih mudah dan memperkasa individu untuk membuka kunci potensinya,” kata Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics, TM Roh.

AI memperkasa hampir setiap pengalaman dalam Siri Galaxy S24, dari membolehkan komunikasi tanpa batasan menerusi terjemahan teks dan panggilan secara pintar, kepada memaksimumkan kebebasan kreatif dalam pengambilan serta penyuntingan gambar dan video.

Lukis saja bulatan pada subjek untuk membuat carian.

‘Circle to Search with Google’ adalah ciri carian pintar yang dibangunkan bersama oleh Samsung dan Google, membolehkan anda membuat carian hanya dengan melukis bulatan terhadap subjek yang ingin didalami pada paparan telefon anda, tanpa perlu menaip sebarang kata kunci.

Ada masalah berhubung dengan orang berlainan bahasa? Ia tidak lagi menjadi masalah dengan ciri ‘Live Translate’ di mana perbualan dalam panggilan akan diterjemah secara dua hala pada waktu nyata (real time), tanpa penglibatan sebarang aplikasi pihak ketiga.

Untuk mesej dan aplikasi lain, ‘Chat Assist’ boleh membantu memperkemas nada perbualan untuk memastikan komunikasi kedengaran sepertimana yang diinginkan: seperti sapaan sopan kepada rakan sekerja ataupun frasa pendek yang menarik untuk kapsyen media sosial.

Tiada lagi masalah perbualan 'ayam dengan itik' dengan 'Live Translate'.

Penyuntingan gambar menjadi lebih canggih dengan Galaxy AI, dengan ciri ‘Edit Suggestion’ memberi cadangan suntingan terbaik serta ‘Generative Edit’ membantu mengisi ruangan kosong bahagian latar belakang imej dengan AI generatif.

Pendek kata, andai kata gambar yang diambil itu tidak berapa cantik, Galaxy AI akan membantu mencantikkannya.

Tapi sukar untuk mengambil gambar yang buruk dengan siri telefon pintar terbaharu daripada Samsung ini, apabila ia dipacu ‘ProVisual Engine’ dan sistem Quad Tele Galaxy S24 Ultra, yang dikuasakan kanta zum optik 5x baharu dan ciri ‘Adaptive Pixel Sensor’, berfungsi dengan sensor 50MP untuk mendayakan prestasi kualiti optik pada tahap pembesaran 2x, 3x, 5x hingga 10x.

Imej juga jelas kelihatan sehingga ke pembesaran 100x berkat zum digital yang dipertingkatkan.

Setiap Galaxy S24 Ultra dilengkapi pemproses Snapdragon® 8 Gen 3 for Galaxy, memberi peningkatan NPU yang luar biasa untuk pemprosesan AI yang paling cekap serta kadar penyegaran semula 1-120 Hz bagi ketiga-tiga model Galaxy S24.

Merangkumi seluruh siri Galaxy S24, penambahbaikan reka bentuk dengan bezel yang lebih tipis dan sekata memudahkan segala pengalaman tontonan dan membolehkan binaan saiz skrin yang lebih besar pada paparan 6.7-inci (Galaxy S24+), 6.2-inci (Galaxy S24) dan 6.8-inci (Galaxy S24 Ultra).

Peranti perdana terbaharu turut melanjutkan komitmen Samsung untuk memanjangkan kitaran hayat produk, dengan peningkatan OS sehingga ke tujuh generasi bersertakan kemas kini keselamatan selama tujuh tahun.

Galaxy S24 Ultra, memang 'ultra'!

Galaxy S24 dan Galaxy S24+ boleh didapati dalam warna Amber Yellow, Cobalt Violet, Marble Gray, dan Onyx Black, masing-masing pada harga bermula dari RM4,099 dan RM4,899; sementara Galaxy S24 Ultra boleh didapati dalam warna Titanium Yellow, Violet, Gray & Black pada harga bermula dari RM6,299.

Pra-pesan sekarang, tempoh promosi dari 18 Januari hingga 6 Februari 2024 untuk menikmati naik taraf storan berganda bernilai RM500; e-baucar bernilai RM500; tukar beli sehingga RM650; serta Belian Dengan Belian (PWP) sehingga RM800 untuk Galaxy Buds Watch dan Tablet, juga potongan sehingga 45 peratus untuk Samsung Care+ dan Aksesori.

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Telefon pintar AI pertama daripada Samsung sudah tiba