Bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Sirul Azhar Umar yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia dilaporkan enggan pulang ke Malaysia, lapor akhbar Sinar Harian.
Memetik laporan tersebut, peguam yang mewakilinya Hasnal Rezua Merican yang kini berada di Sydney, Australia berkata beliau telah berjumpa dengan anak guamnya untuk berbincang bagi mencari jalan membebaskan dirinya daripada pusat tahanan pihak berkuasa Australia.
“Sirul ada mengatakan dia tak mahu balik. Siapapun yang ada dalam kedudukan seperti dia, mesti tak mahu balik,” Hasnal dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.
Dia turut berkata dalam pertemuan bersama Sirul tiada perbincangan berkaitan ekstradisi kerana “soal itu setakat ini belum berbangkit".
Sirul berdepan hukuman mati kerana disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Bukit Raja, Klang di Selangor antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.
Mahkamah Persekutuan pada Januari 13 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan menjatuhkan hukuman dua anggota UTK Polis hukuman gantung terhadap pembunuhan Altantuya.
Sirul tidak hadir diri ke mahkamah menyebabkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan dilaporkan berada di Australia semenjak Oktober lalu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian mendapatkan kerjasama Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk menjejaki individu ini yang dilaporkan berada di Sydney untuk ditahan bagi tujuan diekstradisi.
Sistem perundangan Australia bagaimanapun tidak mengiktiraf hukuman mati malahan negara itu menentang sekeras-kerasnya hukuman tersebut.
Sirul ditahan di Brisbane pada 12 Januari dan ditahan selama beberapa hari di pusat tahanan imigresen di situ.
Hasnal dan Kamarul Hisham tiba di Sydney untuk bertemu dengan anak guam mereka pada Ahad lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada Khamis ini.
Kronologi kes pembunuhan Altantuya
Astro Awani
Wed Jan 28 2015
Sirul berdepan hukuman mati kerana disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mukim Bukit Raja, Klang di Selangor antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006. - Gambar Fail
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas Helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan semua acara sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Jumaat ini dibatalkan susulan nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.