awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
5 maut akibat demam berdarah Crimean-Congo di Pakistan tahun ini
MALAYSIA
Whistleblower: Memahami prosedur perlindungan pemberi maklumat
MALAYSIA
Institut Audit Oman mahu jalin kerjasama strategik dengan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SIS Forum: Keputusan mahkamah diteliti, pastikan kewibawaan institusi fatwa tidak terjejas - Na'im

Bernama
Bernama
19/06/2025
09:45 MYT
SIS Forum: Keputusan mahkamah diteliti, pastikan kewibawaan institusi fatwa tidak terjejas - Na'im
Kerajaan Madani akan memastikan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia dilaksanakan secara adil dan berlandaskan prinsip syura, ilmu serta berpaksikan lunas undang-undang negara. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia dalam mencabar fatwa dikeluarkan pada 2014 oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor akan diteliti secara menyeluruh bagi memastikan kedudukan dan kewibawaan institusi fatwa tidak terjejas dalam jangka panjang.

Ringkasan AI
  • Menteri Agama menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan SIS Forum Malaysia, dan menegaskan pentingnya fatwa kekal relevan serta dihormati dalam kerangka perundangan negara.
  • Kerajaan Madani komited memastikan pentadbiran hal ehwal Islam dijalankan secara adil dan berlandaskan prinsip syura dan undang-undang, serta mempertahankan kedudukan institusi agama mengikut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
  • Keputusan Mahkamah Persekutuan mengetepikan fatwa 2014 terhadap SIS hanya sejauh mana ia terpakai kepada entiti bukan individu, dengan majoriti 3-1 oleh panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata fatwa tetap memainkan peranan penting dalam membimbing umat Islam dalam isu-isu semasa yang memerlukan panduan syariah.
"Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keputusan kehakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebagai institusi kehakiman tertinggi dalam sistem perundangan negara.
"Maka itu kerjasama erat antara institusi kehakiman, perundangan dan pihak berkuasa agama amat penting agar fungsi dan kewibawaan institusi fatwa kekal dihormati dalam kerangka sistem perlembagaan negara kita," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Kerajaan Madani akan memastikan pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia dilaksanakan secara adil dan berlandaskan prinsip syura, ilmu serta berpaksikan lunas undang-undang negara.
"Pada masa sama, Kerajaan Madani akan terus mempertahankan kedudukan institusi agama Islam selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan," kata Mohd Na'im.
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan SIS Forum Malaysia dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar, dalam tindakan mereka yang mencabar fatwa dikeluarkan pada 2014 oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam.
Panel empat hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 3-1 mengetepikan fatwa berkenaan, sejauh mana ia terpakai kepada syarikat dan institusi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SIS Forum
#Mohd Na'im Mokhtar
#fatwa
#rayuan Sisters in Islam
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami