awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem ART kedua di Sarawak akan dibangunkan di Bintulu - Abang Johari

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2021
10:11 MYT
Sistem ART kedua di Sarawak akan dibangunkan di Bintulu - Abang Johari
Projek tersebut merupakan projek yang dibangunkan syarikat milik Kerajaan negeri Sarawak iaitu Sarawak Metro dan dijangka mula beroperasi secara komersial pada tahun 2025. - Foto Discover Sarawak
KUCHING: Sarawak akan melaksanakan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) keduanya di Bintulu selepas Kuching, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Mengulas lanjut ujarnya, ia bagi menampung permintaan perkhidmatan terbabit, selari dengan pembangunan di kawasan perindustrian seperti di Samalaju dan Kidurong.
‘’Apabila projek ART dimulakan, ia akan dihubungkan menerusi sistem yang berpusat dan semua bidang akan disatukan malah ia akan mampu menarik pengunjung datang ke sini dan pelabur juga akan berminat melakukan pelaburan.
‘’Seterusnya akan dibangunkan di Bintulu kerana kawasan perindustrian di Samalaju dan Kidurong akan terus berkembang maju.
‘’Untuk itu kita memerlukan ART di kawasan terlibat bagi kemudahan penduduk terutama dalam aspek mobiliti,’’ katanya.
Untuk makluman, ART pertama di Sarawak melibatkan tiga laluan menghubungkan Kuching, Samarahan dan Serian.
BACA: Sarawak: Sistem Transit Aliran Autonomi mula beroperasi 2025
BACA: Kuching bakal jadi bandar raya pintar - Abang Johari
Projek tersebut merupakan projek yang dibangunkan syarikat milik Kerajaan negeri Sarawak iaitu Sarawak Metro dan dijangka mula beroperasi secara komersial pada tahun 2025.
Pada September tahun lalu, Sarawak Metro mengumumkan ujian percubaan ART bakal dilakukan selewat-lewatnya pada 2023 dan sebagai permulaan sistem ini akan menggunakan laluan yang dikenal pasti di sekitar bandar raya Kuching.
Topic Berkaitan
#sistem ART di Sarawak
#pembangunan pengangkutan
#Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
#pendigital Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan