SINTOK: Sistem ranking atau penarafan kedudukan universiti dilihat masih signifikan kepada institusi pengajian tinggi di negara ini terutama dalam menarik kemasukan pelajar antarabangsa.
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata terdapat negara atau universiti luar negara yang menitikberatkan perkara itu untuk menghantar pelajar mereka menyambung pengajian ke universiti di sesebuah negara lain.
"Kalau kita lihat untuk kemasukan pelajar antarabangsa, contohnya dari Indonesia, Iraq atau negara Timur Tengah lain, mereka akan melihat kedudukan ranking sesebuah universiti itu sebelum menghantar pelajar mereka.
"Contohnya Indonesia, menggalakkan pelajarnya untuk hadir ke universiti yang berada di kedudukan 500 ke atas, maknanya di situ secara tidak langsung ada implikasi. Kalau ranking di bawah daripada yang ditetapkan mungkin pelajar mereka tidak pergi ke universiti tersebut," katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa universiti tidak boleh terlalu taksub mengejar Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings atau penarafan universiti antarabangsa kerana pendekatan itu sudah tidak relevan ekoran timbul percanggahan dan ketidaktelusan terhadap penanda aras digunakan.
Laporan itu turut memetik Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak sebagai berkata wujud percanggahan antara ranking dikeluarkan QS World University Rankings dengan badan bebas Institut Antarabangsa Berkaitan Global Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNU) dari segi soal ketelusan kaedah penarafan dan kualiti data.
Bagaimanapun, Mohd Foad berkata pada masa akan datang universiti tempatan mungkin tidak perlu terlalu bergantung kepada penarafan antarabangsa khususnya yang menjadi sandaran ketika ini iaitu QS World University Rankings dan Times Higher Education (THE) University Rankings.
Perkara itu, katanya dapat dilaksanakan sekiranya sistem penarafan universiti yang ada di negara ini iaitu Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) dan Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (SETARA) dapat diperkukuh serta diperkasakan.
Mengulas pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Rabu lepas mengenai pengecualian yuran bagi pelajar Palestin yang sedang menuntut di universiti awam di negara ini, menurut Mohd Foad pihaknya menyambut baik perkara itu.
Beliau berkata ketika ini pelajar Palestin yang menyambung pengajian di UUM menerima subsidi yuran yang diperkenalkan sejak 2017, dengan kadar yuran dikenakan sama seperti pelajar tempatan bertujuan membantu dan menggalakkan mereka datang ke Malaysia khususnya UUM.
"Kita juga bagi insentif lain berdasarkan perkembangan semasa dan keperluan pelajar, macam baru-baru ini kita sampaikan sumbangan komputer kepada pelajar termasuk dari Palestin," katanya yang memberitahu ketika ini terdapat seramai 64 pelajar Palestin yang menuntut di UUM.
Sementara itu, Mohd Foad berkata seramai 5,738 graduan tempatan dan antarabangsa akan menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-36 UUM yang akan diadakan di Dewan Mu'adzam Shah bermula Ahad ini hingga 23 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Mohd Foad berkata, pada masa akan datang universiti tempatan mungkin tidak perlu terlalu bergantung kepada penarafan antarabangsa seperti QS World University Rankings dan THE University Rankings. - Foto ihsan UUM
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sistem ranking universiti penting tarik kemasukan pelajar antarabangsa
Katanya, ada negara yang menitikberatkan soal ranking untuk menghantar pelajar mereka menyambung pengajian ke universiti di negara lain.