KUALA LUMPUR:Sistem takungan banjir dicadangkan supaya dibina di kawasan Hulu Kelang termasuk di kawasan sekitar Zoo Negara bagi mengatasi masalah banjir kilat, terutama ketika musim hujan lebat.
Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad berpandangan, pembangunan di kawasan tersebut sudah berada pada tahap 'tepu', dan sukar untuk dilestarikan semula.
Bagaimanapun, katanya pembinaan kawasan takungan air memerlukan perbelanjaan yang besar.
"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Ampang Jaya kena belanja besar bagi menyediakan kawasan-kawasan untuk menakung air dan infrastruktur yang lebih moden seperti membuat terowong SMART.
"Takungan ini dibina di kawasan hulu supaya air tidak melimpah ke kawasan hilir, dan kawasan yang tinggi dijadikan empangan air," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Sabtu.
Tambah beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) disarankan membuat pengezonan tanah simpanan untuk kegunaan takungan air.
Jelas beliau lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia juga telah menetapkan garis panduan agar setiap kawasan pembangunan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya empat peratus daripada keluasan tapak untuk kolam takungan.
"Pembangunan di kawasan Hulu Kelang sudah berada di peringkat tepu, dan ia tidak mapan lagi.
"Sekarang kawasan Hulu Kelang memerlukan langkah yang giat atau (mempertimbangkan) ambil kawasan tanah yang tiada orang (miliki) untuk halang air," ujar beliau lagi.
BACA: Penebangan hutan, saluran paip punca banjir kilat di Zoo Negara?
Malah, katanya air dari kolam takungan itu boleh diguna semula.
Terdahulu, insiden banjir di kawasan Zoo Negara dipercayai berpunca akibat hujan lebat dan sistem perparitan yang tidak mampu menampung pembangunan di kawasan tersebut.
Hasimi Muhamad
Sat Dec 12 2020

Insiden banjir di kawasan Zoo Negara dipercayai berpunca akibat limpahan air sungai dan sistem perparitan yang tidak mampu menampung pembangunan di kawasan tersebut. - Gambar fail

Diarah menghadap Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, Tun Faisal tuntut tiga permintaan
Permintaan berkenaan jelasnya bagi menjamin dan memastikan proses pendengaran dan membuat keputusan tribunal ini dilaksanakan secara adil dan telus

Australia lulus undang-undang wajibkan Google, Facebook bayar kandungan berita
Undang-undang itu akan memastikan syarikat media diberi bayaran sewajarnya untuk kandungan yang mereka hasilkan.

AWANI Ringkas: Vaksin: Tindakan undang-undang jika sebar berita palsu | Penerima Pfizer tunjuk antibodi kuat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Politik | Menjelang persidangan Parlimen semasa darurat
Kita bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik bagi perinciannya.

Undang-undang syariah seks luar tabii Selangor tidak sah - Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Persekutuan membenarkan usul dikemukakan seorang lelaki berusia 35 tahun yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 21 Ogos 2019 atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

Keputusan Mahkamah | Apa makna disebalik keputusan Mahkamah Persekutuan?
Untuk memahami perkara ini dengan lebih baik, kita bersama dengan seorang peguam, Yusfarizal Yusoff.

Keputusan | Mahkamah Persekutuan mengenepikan undang-undang Syariah Selangor
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Keputusan itu sekali gus mengenepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Vaksin COVID-19 | Wakil rakyat, NGO perlu bantu Kkm hebahkan maklumat
Wakil rakyat di setiap kawasan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) harus dijadikan rakan strategik Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok melalui suntikan vaksin COVID-19. Ini kerana, mereka dilihat lebih dekat dengan masyarakat tempatan dan memahami selok belok dan rencam di sesebuah kawasan terutama di kawasan pedalaman.

Vaksin petugas hadapan Langkawi selamat dibawa dengan RORO
Konvoi membawa vaksin, diketuai Supt Syed Basri Syed Ali bersama enam pegawai dan sembilan anggota bagi memastikan kelancaran penghantaran, tiba tepat pada waktunya.

Persidangan Parlimen penting bagi pastikan wujudnya semak dan imbang - Undi 18
Pembukaan persidangan Parlimen amat penting supaya wakil rakyat boleh membahaskan permasalahan rakyat serta menyuarakan pendapat dan aspirasi mereka.

Polis tahan dua individu jual mercun tanpa permit
Polis Ampang Jaya menahan dua individu lelaki selepas didapati menjalankan perniagaan mercun tanpa permit di sekitar Taman Muda, Ampang Jaya sekitar jam 10 malam pada Rabu.

12 premis judi di Ampang Jaya dipotong bekalan elektrik
Sebanyak 12 premis yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam talian di Ampang Jaya dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB.

Tiga penyamun 'buru' mangsa lemah, bertubuh kecil dan bersendirian ditahan
Itu modus operandi sekumpulan penjenayah yang menyamar sebagai polis untuk melakukan samun di sekitar Taman Melawati, Ampang Jaya.

PKP 2.0: Polis, ATM pantau tiga lokasi sekatan jalan raya di Ampang Jaya
Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang mengerahkan 145 pegawai dan anggota polis bersama ATM dari Batalion ke-8, Rejimen Angkatan Melayu Diraja bersiap siaga di tiga lokasi SJR dan pasukan pemantauan.

Pelajar tingkatan lima antara 15 gengster ditahan di Pandan Indah
Lima suspek yang mengalami kecederaan di kepala dan badan dalam kejadian itu mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Sistem takungan banjir perlu dibina di kawasan Hulu Kelang - Pakar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) disarankan membuat pengezonan tanah simpanan untuk kegunaan takungan air.

Nahas helikopter Taman Melawati: Polis rekod keterangan tujuh saksi, 20 lagi akan dipanggil
Selain itu 20 lagi saksi yang telah dikenal pasti akan dipanggil dalam masa terdekat untuk direkodkan keterangan.

Nahas helikopter Taman Melawati: Polis sudah ambil keterangan Ahmad Jauhari
Polis turut memohon agar saksi kejadian tampil membantu siasatan.

Bapa tergamak rogol anak kandung ditahan reman
Seorang bapa tergamak merogol anak kandungnya berusia 15 tahun setiap minggu sejak Februari lalu.

Enam lelaki warga asing ditahan bantu siasatan kes rogol kanak-kanak 15 tahun
Polis menahan enam lelaki warganegara asing bagi membantu siasatan kes rogol seorang kanak-kanak perempuan warga tempatan di Ampang.