IPOH: Siswazah lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi (IPT) perlu menerapkan konsep menjadi pelajar seumur hidup dan beradaptasi dengan perkembangan dalam industri walaupun telah menamatkan pengajian.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata siswazah perlu menetapkan komitmen untuk menjadi pelajar seumur hidup dengan membaca buku, menghadiri seminar dan menyertai kursus yang berkaitan dengan perkembangan terkini dalam bidang diceburi.
Beliau berkata pemahaman yang mendalam akan memperkukuh reputasi profesional lepasan IPT dengan mencari peluang pembelajaran dan pertumbuhan intelektual.
"Jangan takut mencari peluang baharu untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan anda. Jika ada kesempatan untuk menyertai projek-projek menarik, bekerja di luar negara atau belajar di institusi terkemuka, ambillah kesempatan ini dengan tangan terbuka.
"Jaringan profesional yang kuat dapat memberikan peluang kerjasama, 'mentorship' dan informasi penting sekali gus membuka peluang kerjaya yang lebih luas," katanya berucap pada Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-51 di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail serta Pengarah PUO Dr Shamsuri Abdullah.
Seramai 2,062 graduan menerima diploma dan ijazah sarjana muda masing-masing sepanjang lima hari konvokesyen berlangsung.
Dalam pada itu, Abdul Razak berkata KPT mengiktiraf pentingnya pengalaman praktikal dan kerja lapangan dalam melengkapkan graduan dengan kemahiran praktikal serta pengetahuan industri yang relevan.
"Oleh itu, pelaksanaan program praktikal yang berkualiti, relevan, spesifik dan bermakna di industri menjadi fokus utama selain memperkukuh kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi," katanya.
Beliau berkata KPT mendorong kolaborasi antara IPT untuk berkongsi sumber, kepakaran dan pengalaman dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi.
Menurut Abdul Razak kolaborasi tersebut melibatkan pertukaran pelajar, penyelidikan bersama serta perkongsian program dan kursus.
"KPT menyediakan kursus pemantapan kemahiran bagi graduan dan pekerja profesional untuk mengasah kemahiran praktikal dan teknikal yang relevan dengan pasaran kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023

Abdul Razak (kiri) menyaksikan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum (Jabatan) oleh Mohd Zahari (tengah) kepada Zainul Adam Mohd Zuki (kanan) pada Istiadat Konvokesyen PUO ke-51 di Ipoh, 14 Ogos 2023. --fotoBERNAMA

Tarif automotif AS tinggalkan kesan besar terhadap ekonomi Jepun - PM
Rancangan kerajaan Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif tambahan 25 peratus ke atas import automotif akan memberi "kesan yang amat besar" kepada ekonomi Jepun.
Pantau Agenda Reformasi: Balik kampung selamat & selesa
Astro AWANI bersiaran langsung dari R&R Seremban bagi mengikuti situasi semasa trafik balik kampung dan bersama dengan wakil PLUS Malaysia untuk memastikan warga kota dapat pulang dengan selamat dan selesa.

Aidilfitri: Dua juta kenderaan dijangka masuk Johor, tiga juta masuk Perak
Kira-kira dua juta kenderaan luar dijangka memasuki Johor termasuk melalui Tambak Johor dan Link Kedua.
Situasi terkini di Bangkok dan langkah keselamatan diambil kerajaan
Bersama koresponden AP Jeremy Koh mengenai situasi terkini di Bangkok dan langkah keselamatan diambil kerajaan.

Produk DESA tidak terlibat dengan sebarang kesalahan undang-undang - PDRM
Hasil siasatan lanjut mendapati produk ayam sejuk beku DESA tidak terlibat dengan sebarang kesalahan menyalahi undang-undang.

“Sumpah rasa gegaran”- Hariz Hamdan cemas berdepan gempa bumi di Bangkok
Pelakon, Hariz Hamdan berdepan detik cemas apabila merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Bangkok, Thailand pada Jumaat.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya 10 maut akibat gempa di Myanmar
Gempa bumi kuat dengan bermagnitud 7.7 melanda tengah Myanmar pada Jumaat.
Bangunan dalam pembinaan di Thailand runtuh
Sebuah bangunan tinggi yang masih dalam pembinaan berhampiran pasar Chatuchak, Bangkok runtuh susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 yang melanda bahagian tengah Myanmar pada Jumaat.
Sekurang-kurangnya 43 individu disyaki terperangkap
Sekurang-kurangnya 43 orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan sebuah pencakar langit di Bangkok yang runtuh selepas berlaku gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada Jumaat (28 Mac).

Bayaran dam, korban Tanah Suci ditetapkan RM875 bagi seekor kibas - TH
Kadar bayaran dam dan penyertaan korban di Tanah Suci bagi musim haji 1446H/2025M adalah sebanyak RM875 untuk seekor kibas.

Potensi siswazah pengajian Bahasa Melayu, linguistik bekerja di China makin meluas
Pekerjaan yang menggunakan bahasa Melayu di China semakin berkembang meliputi pelbagai aspek seperti pertanian, automotif dan pelancongan.

TVET dalam pertanian penting, jamin keterjaminan makanan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan memperkasakan Program TVET dalam bidang pertanian dengan melahirkan lebih ramai siswazah.

KSM komited selesai masalah ketidakpadanan pekerjaan dalam kalangan siswazah
Kementerian Sumber Manusia (KSM) sentiasa komited menyelesaikan isu ketidakpadanan pekerjaan mengikut keperluan industri terutama dalam kalangan siswazah.

JPPKK komited tingkat peratus siswazah POLYCC peroleh gaji premium
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan peratus siswazah memperoleh gaji premium.

Siswazah perlu terap konsep jadi pelajar seumur hidup - KSU KPT
Untuk jadi pelajar seumur hidup, perlu baca buku, hadir seminar dan sertai kursus berkaitan perkembangan terkini dalam bidang diceburi.

KUSKOP peruntuk RM5 juta laksana program keusahawanan siswazah
Pelaksanaan program melalui PROTEGE itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 12,450 siswazah.

KUSKOP rancang tubuh skim khas bantu usahawan dalam kalangan siswazah
KUSKOP akan terus membantu golongan usahawan menerusi pelbagai bentuk bantuan.

Pengamal perubatan baharu dibenarkan perbaharui Sijil Perakuan Amalan Tahunan
Pengamal perubatan yang baharu didaftarkan penuh dengan MPM adalah dibenarkan untuk memperbaharui Sijil Perakuan Amalan Tahunan dengan CPD minimum, kosong mata.

Siswazah menganggur meningkat 22.5 peratus pada 2020
Jumlah siswazah menganggur meningkat sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang pada 2020 berbanding 165,200 pada tahun sebelumnya.

Siswazah dapat kerja dengan gaji rendah ketika ini perlu bersyukur - Mustapa
Golongan siswazah yang mempunyai perkerjaan dengan gaji rendah waktu ini perlu bersyukur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.