PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bulan lalu.
Sebelum ini, konsert Music Of The Spheres World Tour kumpulan British itu mencatatkan kehadiran 75,000 penonton, sekali gus mengatasi rekod 19 tahun yang dipegang Siti Nurhaliza dengan 70,000 penonton hadir menyaksikan konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour di venue sama pada 2004.
Bagaimanapun, kehadiran penonton sewaktu perlawanan final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu di SNBJ malam tadi mencatatkan kehadiran penyokong yang jauh lebih tinggi, iaitu seramai 80,550 orang penonton didaftarkan.
Sebagai rekod, JDT muncul juara Piala Malaysia 2023 dengan menewaskan Terengganu 3-1, sekali gus mempertahankan kesemua empat trofi yang dimenangi musim lalu dan mencipta sejarah 'quadruple' berganda.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Sat Dec 09 2023
Kehadiran penonton sewaktu perlawanan final Piala Malaysia di antara JDT dan Terengganu di SNBJ malam tadi mencatatkan kehadiran penyokong seramai 80,550 orang penonton. - Stadium Astro
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Siti Nurhaliza bakal tampil persembahan cinta setinggi awan Ogos ini
Konsert ini akan diadakan pada jam 8.30 malam di Arena of Stars dan bakal membawa konsep Love in the Sky atau Cinta di Awan.
Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"
Gelaran Biduanita Negara buat Siti Nurhaliza mungkin jadi kenyataan - Fahmi
Kementerian Komunikasi sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi Siti Nurhaliza.
28 tahun jadi anak seni, Siti Nurhaliza fokus hiburkan peminat, tidak kejar pengiktirafan
Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
CUCKOO lantik duta baharu, serlah diversiti budaya di Malaysia
CUCKOO International (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan barisan duta baharu iaitu Jaclyn Victor, Phei Yong, serta Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Bazar CUCKOO x RIUH #SamaSamaRaya.
Yayasan Nurjiwa bantu lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari
Siti meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang menghulurkan sumbangan, sekali gus membolehkan pihaknya memberikan bantuan.
“Tak sangka Allah beri saya peluang bantu” - Siti Nurhaliza sebak bercerita baju raya anak Gaza
Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan sebak apabila terkenang mengenai keadaan nasib anak-anak di Palestin.
Komposer Ross Ariffin dapat rumah, bakal bekerjasama dengan RTM - Fahmi
Fahmi menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu.
Tidak kisah berbelanja di pasar malam, warga maya puji sikap rendah diri Siti Nurhaliza
Netizen juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak sombong serta sentiasa tersenyum ketika didekati peminat.