awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Sarah meninggal dunia

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
08/08/2021
21:38 MYT
Siti Sarah meninggal dunia
Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi. -Instagram
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.
Mengesahkan perkara itu, pengurus Siti Sarah, Nana Mohd Rom berkata Shuib kini dalam perjalanan ke hospital.
BACA: COVID-19: "Keadaan Siti Sarah kini sangat tidak baik" - Shuib
BACA: Shuib mohon henti sebar rakaman audio, Siti Sarah masih ditidurkan
BACA: 'You kuat sayang, I dan anak-anak akan tunggu you balik' Paras oksigen makin meningkat, Shuib yakin Sarah kuat!
Siti Sarah pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempat pasangan itu ketika menerima rawatan.
BACA: Siti Sarah selamat lahirkan bayi keempat melalui pembedahan
COVID-19 | Siti Sarah dirawat di ICU
"Saya baru mendapat maklumat daripada Shuib bahawa Siti Sarah sudah meninggal dunia," kata Nana kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Sementara itu, Shuib dalam hantaran di Instagramnya juga memaklumkan berita duka itu.
View this post on Instagram
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)
Siti Sarah dan Shuib sekeluarga positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak tersebut.
Siti Sarah dimasukkan ke ICU selepas tahap oksigen semakin tidak stabil.
Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, dan Ariq Matin, 6 tahun.
[TERKINI] Takziah: Siti Sarah meninggal dunia akibat COVID-19
Topic Berkaitan
#Siti Sarah
#meninggal dunia
#Shuib
#COVID-19
#penyanyi terkenal
#Nana Mohd Rom
#jangkitan
#bayi lelaki
#anak keempat
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan