Pihak polis mengambil keputusan untuk mengecilkan skala pencarian kepada empat zon dalam mengesan remaja perempuan warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang di pusat pelancongan di The Dusun Hill Resort.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata pihaknya percaya mangsa tidak akan berada jauh dan pasukan pencarian akan meneliti kawasan yang menjadi fokus utama.
"Kita percaya mangsa tak akan berada jauh dari kawasan, kita fokus pencarian di kawasan curam, celah semak, kawasan batu serta kawasan penginapan keluarga mangsa,' katanya ketika sesi sidang media pada Sabtu.
Ditanya sekiranya kehilangan remaja itu mempunyai kaitan dengan kes penculikan, Mohamad berkata tiada sebarang bukti dikesan untuk mengaitkan ia dengan kes penculikan.
Dalam perkembangan lain, pihak polis juga telah merakam keterangan pemandu teksi yang dikatakan membawa keluarga mangsa tersebut ke pusat pelancongan.
Menyentuh mengenai kekuatan anggota pihaknya buat masa ini telah menambah kekuatan anggota sebanyak 317 anggota secara keseluruhan berbanding jumlah asal iaitu 261 anggota.
Setakat ini pihak polis memaklumkan masih tiada sebarang tanda atau petunjuk yang membawa kepada penemuan remaja perempuan berkenaan yang telah memasuki hari ketujuh.
Polis juga tidak meletakkan sebarang tempoh bagi operasi berkenaan dan akan diteruskan seperti biasa.
Nora Anne yang mengalami masalah lembam sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di The Dusun Pantai Hill Resort pada Ahad lalu sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan berkenaan.
Hilmi Malik
Sat Aug 10 2019
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBDP) mencari remaja Ireland , Nora Anne Quoirin, 15, menggunakan anjing pengesan, dalam usaha mengesan Nora Anne yang dilaporkan hilang, Ahad lepas, ketika bercuti di sebuah resort di Pantai.- fotoBERNAMA
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Apple perkenal HomePod, HomePod Mini di Malaysia, harga bermula RM529
Kedua-duanya akan mula dijual 10 Mei 2024 untuk pasaran tempatan.
[TERKINI] Chegu Bard didakwa keluar kenyataan fitnah, menghasut
Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau dikenali ramai dengan nama panggilan Chegu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghasut dan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
WEF: TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.
Laporan penuh bedah siasat Nora Anne diperoleh dalam masa terdekat - Mohamad
Ketika ini laporan lengkap masih ditunggu daripada pasukan patologi sebelum pihak polis mengemukakannya kepada Pejabat Peguam Negara.
Dua individu periksa MPV polis, ditahan
Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata kedua-dua mereka ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi di lokasi berasingan.