awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii

Bernama
Bernama
22/11/2024
20:15 MYT
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif MARiiCas yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 itu menawarkan rebat sehingga RM2,400 kepada rakyat dengan pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah. - Gambar FB @Lytron Malaysia
KUALA LUMPUR: Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini, kata Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
Jurutera Kanan Projek Khas MARii, Mohd Zubir Abdullah berkata, setakat hari ini, kelulusan itu bagi skim itu mencecah 6,000 berbanding sasaran kelulusan sebanyak 8,260 unit motosikal elektrik untuk tahun ini.
Inisiatif MARiiCas yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 itu menawarkan rebat sehingga RM2,400 kepada rakyat dengan pendapatan tahunan RM120,000 ke bawah.
Pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan lanjutan inisiatif berkenaan sehingga Disember tahun depan.
"Permintaan tinggi bagi skim itu telah dicatatkan di kawasan-kawasan bandar berbanding pinggir bandar," katanya kepada Bernama di reruai MARiiCas pada Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di sini, pada Jumaat.
Reruai berkenaan diselaraskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
MARii mengetengahkan lima daripada 13 pengedar berdaftar di bawahnya untuk mempromosikan produk termasuk DP EV Sdn Bhd dan Darma Motor Sdn Bhd.
Sementara itu, Pengurus DP EV cawangan Klang, Selangor, Evon Lee berkata, syarikat berkenaan turut terlibat dalam pemasangan tempatan motosikal elektrik jenama Lytron daripada China.
Beliau berkata, rebat MARiiCas itu membolehkan pengguna memiliki motosikal elektrik pada harga antara RM4,550 ke RM7,650 (di atas jalan).
"Kami turut bekerjasama dengan Bank Rakyat bagi memudahkan pembeli mendapat pembiayaan," kata Lee.
Pengurus Cawangan Darma Motor, Mohd Fakhrurrazi Ahmad berkata syarikat berkenaan mengedar motosikal elektrik jenama Yadea dari China yang mendapat permintaan tinggi di Pulau Pinang dan Kedah. - BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#MARIICas
#motosikal elektrik
#pinggir bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan