awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Penyelesaian pertikaian menerusi mediasi kunci kepada keharmonian perusahaan - Sim
DUNIA
Malaysia perkukuh kedudukan selaku peneraju industri halal serantau di AHEX 2025
DUNIA
AS jangka perjanjian perdagangan dimuktamad menjelang Hari Buruh pada September - Bessent
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Skim insurans asas kunci penjagaan kesihatan mampu milik - Lee Lam Thye

Bernama
Bernama
27/06/2025
14:45 MYT
Sponsor Banner
Skim insurans asas kunci penjagaan kesihatan mampu milik - Lee Lam Thye
Lee berkata kejayaan inisiatif itu bergantung kepada ketelusan, keterangkuman dan keberkesanan pelaksanaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ikatan Komuniti Selamat menyokong penuh cadangan kerajaan untuk memperkenalkan skim insurans asas kepada semua rakyat Malaysia.
Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata itu satu inisiatif amat diperlukan dan sekian lama dinantikan, iaitu akses perlindungan kesihatan lebih mudah, adil dan mampu milik, khususnya untuk golongan B40 dan kumpulan rentan yang kurang mendapat manfaat daripada sistem pembiayaan sedia ada.
Beliau berkata peningkatan kos penjagaan kesihatan sejak beberapa tahun lepas telah menyukarkan keluarga berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit kronik, kecemasan dan pencegahan.
"Pelan insurans kesihatan asas akan memberikan perlindungan kewangan yang diperlukan kepada rakyat Malaysia, meringankan beban perbelanjaan, serta mengelakkan keluarga menjadi miskin kerana terbeban dengan kos perubatan.
"Kami percaya pelan ini juga akan melengkapi dan mengukuhkan sistem kesihatan awam sedia ada dengan memupuk tanggungjawab bersama antara kerajaan dan rakyat, memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan serta memperluas akses kepada perkhidmatan berkualiti untuk semua," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, Lee berkata kejayaan inisiatif itu bergantung kepada ketelusan, keterangkuman dan keberkesanan pelaksanaan.
Beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan beberapa perkara utama dalam merangka pelan itu, antaranya mampu milik dan mudah diakses dengan menetapkan kadar premium pada tahap mampu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah, supaya tiada yang tercicir akibat kekangan kewangan.
Lee turut mencadangkan perlindungan menyeluruh meliputi rawatan pesakit luar dan kecemasan, saringan kesihatan, serta pengurusan penyakit kronik, selain memastikan pelan ini mudah difahami bagi mengelakkan birokrasi.
Selain itu, kerajaan disaran menyediakan subsidi penuh atau sebahagian kepada penganggur, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan B40 di samping mewujudkan mekanisme pemantauan bagi memastikan ketelusan, mencegah penyelewengan dan mengekalkan kualiti perkhidmatan.
Lee turut menyentuh mengenai kepentingan libat urus dan memberikan maklumat yang sewajarnya untuk rakyat memahami tujuan serta manfaat pelan ini.
"Kami menghargai usaha kerajaan dan berharap pelan yang komprehensif dapat dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada kesihatan, martabat dan jaminan kewangan untuk rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan B40
#warga emas
#subsidi
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami