Seramai 1,845 anggota penguat kuasa dan 1,071 pegawai pemantau harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mula digerakkan ke pasar di seluruh negara hari ini, hari pertama pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.
Ketua Pasukan Petugas Khas bahagian penguat kuasa kementerian Fahmi Kasim berkata kumpulan petugas ini akan meningkatkan pemantauan di lokasi tumpuan ramai seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar raya besar sepanjang 17 hari skim yang berkuat kuasa mengikut Akta kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 itu berlangsung.
Beliau berkata di bawah skim kawalan harga itu, selain memastikan harga barangan kawalan tidak dijual melebihi harga maksimum yang ditetapkan, para peniaga turut diwajibkan meletak tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan kawalan bagi membezakannya daripada barangan lain.
Menurutnya selain harga, pemantauan juga bertujuan memastikan bekalan barangan mencukupi sepanjang musim perayaan ini, dan para pengguna tidak dimanipulasi oleh peniaga misalnya dari aspek timbangan.
"Kami pantau semua premis yang menjual barangan di bawah skim harga kawalan ini, bukan sahaja pasar besar, malah kedai runcit biasa pun yang menjual barangan harga kawalan ini turut dipantau," katanya ketika ditemui selepas membuat pemantauan bersama kira-kira 20 anggota di pasar awam Presint 8 di sini hari ini.
Skim kawalan harga yang diumumkan pada 19 Julai lepas itu menyaksikan harga ayam standard ditetapkan pada kadar tidak melebihi RM7.70 sekilogram sepanjang tempoh berkenaan, manakala 20 jenis barangan lagi, antaranya ayam super, ayam standard, daging lembu tempatan, daging lembu import dan daging kerbau import dari India; turut ditetapkan kadar harga maksimum.
Bagi kesalahan tidak mematuhi harga mengikut skim kawalan itu, peniaga individu boleh dikenakan hukuman RM100,000, dan bagi syarikat, denda sehingga RM500,000; manakala bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, peniaga individu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM10,00 dan syarikat RM20,000.
Fahmi berkata anggota penguat kuasa akan menempatkan pegawainya secara tetap di sebuah pasar besar terpilih di setiap negeri dari awal pagi sehingga pasar itu ditutup pada lewat petangnya, bagi memudahkan orang ramai mengemukakan sebarang aduan atau kemusykilan.
Merujuk kepada pasar awam di Putrajaya beliau berkata tinjauan mendapati kebanyakan peniaga mematuhi harga kawalan ayam standard yang ditetapkan iaitu RM7.70 sekilo, malah menurutnya harga cili merah di sini dapati RM2 lebih murah berbanding harga maksimum yang dibenarkan.
Tinjauan di pasar awam Presint 8 di sini mendapati sebuah kain rentang besar yang menyenaraikan harga barangan kawalan itu dipasang di ruang niaga pasar itu bagi kemudahan rujukan orang ramai.
Sementara itu merujuk kepada Ops Harga yang dilancarkan di seluruh negara pada 6 Julai lepas, Fahmi berkata sehingga semalam, daripada 108,149 premis perniagaan diperiksa pihaknya mengesan 606 kes membabitkan pelbagai kesalahan termasuk menjual melebihi harga maksimum dan tiada tanda harga.
Beliau berkata ia membabitkan rampasan barangan yang bernilai RM114,288 di samping nilai kompaun berjumlah RM58,150.
Bernama
Fri Jul 26 2013
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
KPDNHEP tidak pernah lantik orang tengah untuk dapatkan khidmat, produk kementerian
Ada pihak menipu dan memperdaya usahawan dengan mendakwa mereka adalah perunding atau orang tengah yang dilantik KPDNHEP.
Orang ramai adu kasut sekolah naik harga
Orang ramai mengadu harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus.
16 barangan harga terkawal musim Deepavali
Sebanyak 16 jenis barangan telah disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Barang sempena sambutan Deepavali pada 6 Nov ini.