KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti untuk memperbagaikan skim pembiayaan perumahan bagi membantu golongan sasar, khususnya B40, untuk memiliki rumah.
Menurut timbalan menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah Skim Sewa-untuk-Milik atau Rent-to-Own (RTO) dengan 6,066 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) ditawarkan.
Jelas beliau, RTO yang diperkenalkan sejak 2017 telah dilaksanakan di 14 PPR di seluruh negara, dan ia membantu pemilik rumah B40 memiliki kediaman.
"Sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 4,690 keluarga telah ditawarkan skim RTO PPR di seluruh negara dan masih berbaki 1,376 unit rumah yang belum ditawarkan.
"KPKT juga sedang meneliti untuk mempelbagaikan skim pembiayaan perumahan bagi membantu golongan sasar memiliki rumah," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Selain itu, bagi membantu pembeli rumah pertama, Akmal berkata KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan telah melancarkan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya).
Jelas Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, salah satu program di bawah inisiatif berkenaan adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan yang ditawarkan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan gig economy.
"Dalam pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan bercadang untuk meneruskan inisiatif ini melalui jaminan sehingga RM5 billion nilai pinjaman untuk manfaat 20,000 peminjam yang memerlukan.
"Seterusnya, di bawah Belanjawan 2023 juga, kerajaan akan meneruskan inisiatif i-Miliki yang melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama bagi rumah berharga sehingga RM1 juta," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 08 2023

Akmal Nasrullah berkata antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah Skim Sewa-untuk-Milik atau Rent-to-Own (RTO) dengan 6,066 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) ditawarkan. -Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 April 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman dan Amirul Aiman
- Jalur Gemilang: Bendera simbol kedaulatan negara, kesilapan perlu diambil serius - PM Anwar
- Tarif Trump: Belia, Gen Z sedia bertukar ke pilihan lebih murah, barangan tiruan - Belia
- Selangor teliti keperluan haramkan penjualan vape - MB
- Jalur Gemilang: Bendera simbol kedaulatan negara, kesilapan perlu diambil serius - PM Anwar
- Tarif Trump: Belia, Gen Z sedia bertukar ke pilihan lebih murah, barangan tiruan - Belia
- Selangor teliti keperluan haramkan penjualan vape - MB

Kabel penyokong terputus punca kereta kabel terhempas
Tragedi itu berlaku di laluan kereta kabel yang menghubungkan bandar Castellammare di Stabia dengan Monte Faito.

18,389 pengundi luar negara berdaftar untuk PRU2025 Singapura
London mencatat jumlah pengundi luar negara secara fizikal tertinggi dengan 2,470 orang berdaftar, diikuti Hong Kong dan Shanghai.

PM Jepun mahu "kemajuan spesifik" dalam rundingan tarif dengan AS
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menyuarakan harapan agar rundingan tarif dua hala dengan AS mencatat "kemajuan spesifik".
A.S tarik diri jika usaha damai Rusia-Ukraine tiada kemajuan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran Washington akan menarik diri daripada usaha untuk memeterai perjanjian damai antara Rusia dan Ukraine jika tiada kemajuan ketara dicapai dalam masa terdekat.
UITM diminta teliti pedagogi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) meneliti aspek pedagogi berikutan isu pelajar berpakaian menyerupai kostum kumpulan pelampau bangsa.

Tiga maut hujan lebat di Itali, salji landa Switzerland
Beberapa wilayah di utara Itali terjejas teruk akibat hujan lebat, termasuk Piedmont, South Tyrol dan Lombardy.
74 terbunuh dalam serangan A.S di terminal minyak Yaman
74 terbunuh, 171 lagi cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat ke atas terminal minyak Ras Isa di pesisir Laut Merah.
Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, melancarkan sebuah laman web berkaitan COVID-19 pada Jumaat.
Selangor sedia teliti haramkan penjualan vape - Amirudin
Kerajaan Selangor sedia meneliti keperluan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape.

Skim pembiayaan bantu golongan sasar miliki rumah sedang diteliti - KPKT
TRO yang diperkenalkan sejak 2017 telah dilaksanakan di 14 PPR di seluruh negara, dan ia membantu pemilik rumah B40 memiliki kediaman.