awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skim Takaful Tanaman Padi bakal dilancar dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
28/02/2023
04:31 MYT
Skim Takaful Tanaman Padi bakal dilancar dalam masa terdekat
Foong Hin berkata skim itu dirangka untuk menangani isu berkaitan kehilangan modal dan pendapatan yang disebabkan oleh faktor seperti banjir, kemarau, ribut, penyakit tumbuhan dan serangan makhluk perosak. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melancarkan Skim Takaful Tanaman Padi dalam masa terdekat bagi membolehkan pesawah yang terjejas dengan faktor luar kawalan, menerima pampasan untuk meneruskan aktiviti pertanian tanpa beban kewangan yang ketara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata skim itu dirangka untuk menangani isu berkaitan kehilangan modal dan pendapatan yang disebabkan oleh faktor seperti banjir, kemarau, ribut, penyakit tumbuhan dan serangan makhluk perosak.
"Skim ini mempertingkatkan kaedah Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) sedia ada dengan jumlah pampasan lebih tinggi iaitu sehingga RM3,000 setiap hektar semusim, berbanding sehingga RM1,800 setiap hektar semusim melalui kaedah TBTP," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang ingin tahu perkembangan terkini berhubung cadangan Skim Insurans Takaful Agromakanan pernah diperkenalkan kerajaan sebelum ini yang menjadikan sektor beras dan padi sebagai projek rintis.
Seperti TBTP, Skim Takaful Tanaman Padi itu terbuka kepada semua pesawah berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sekali gus memudahkan proses pendaftaran.
Beliau berkata menerusi skim berkenaan, proses kelulusan tuntutan akan lebih efisien dan mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dengan mengambil kira keadaan cuaca global yang ekstrem dan tidak menentu.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Takaful Tanaman Padi
#pesawah
#chan foong hin
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan