awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuad Bantuan Krisis MCA bantu mangsa banjir - Wee

Bernama
Bernama
19/12/2021
10:11 MYT
Skuad Bantuan Krisis MCA bantu mangsa banjir - Wee
Wee berkata pihaknya telah mengarahkan skuad itu untuk turun ke kawasan banjir di sekitar Lembah Klang dan beberapa lokaliti di Selangor yang terjejas teruk akibat banjir. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) mula menggembleng tenaga kerja sejak pagi ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir terutamanya yang ditempatkan di pusat penempatan sementara (PPS), kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan skuad itu untuk turun ke kawasan banjir di sekitar Lembah Klang dan beberapa lokaliti di Selangor yang terjejas teruk akibat banjir.
"Kita juga ada CRSM di setiap negeri, dan mereka ini akan membuat koordinasi kerja. Disebabkan hujan lebat beberapa hari ini, kita sedang mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.
"Difahamkan banyak jalinan jalan raya terputus disebabkan air pasang maka ada tempat tertentu yang tidak boleh dilalui kereta. Malahan, ada bas yang tidak boleh balik ke depoh dan menyebabkan kelewatan, serta ada tren yang terpaksa melalui stesen tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-68, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Wee yang juga Menteri Pengangkutan berkata pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk membantu mangsa-mangsa banjir selain mengemas kini maklumat terbaharu mengenai sistem pengangkutan.
CRSM ditubuhkan di bawah MCA pada 2005 untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana.
Perhimpunan Agung Perwakilan MCA ke-68 selama dua hari bermula semalam itu, ditamatkan awal pada pukul 1.30 tengah hari ini bagi memberi laluan kepada perwakilan membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing berikutan situasi banjir di beberapa negeri semakin buruk.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor dilanda banjir sejak semalam menyebabkan ribuan penduduk dipindahkan manakala ramai pemandu terkandas akibat jalan raya sesak dan ditutup kerana dilimpahi air banjir.
Selain Lembah Klang dan Selangor, banjir turut melanda Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan dan terbaharu Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuad Bantuan Krisis MCA
#CRSM
#banjir
#bencana banjir
#PPS
#Wee Ka Siong
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan