KUALA NERUS: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner mengingatkan anak buahnya supaya tidak terus dibuai dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan FC tempoh hari.
Sebaliknya, pengendali kelahiran Croatia itu menasihatkan pemain supaya meningkatkan mutu permainan untuk berdepan Kuching City FC dalam aksi Liga Super malam ini.
Beliau berkata pemain juga perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi meraih kemenangan ketiga berturut-turut sekali gus memperbaiki kedudukan skuad Penyu dalam carta Liga Super.
"Saya sentiasa beritahu pemain supaya kerja keras dan tidak mudah berasa selesa dengan kemenangan lepas.
"Kita mesti sentiasa jaga prestasi. Cuba elakkan kesilapan kecil dan tak masuk akal. Selepas menang dua perlawanan, kini kita rasa lebih baik dan yakin untuk menang ke atas Kuching City FC," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di sini.
Steinbruckner berkata beliau belum memuktamadkan barisan kesebelasan utama yang akan diturunkan malam ini kerana beberapa tonggak utama berdepan masalah kecederaan.
Bagaimanapun, tiada rombakan besar yang bakal dilakukan kerana beliau berpuas hati dengan aksi dipamerkan skuad yang diturunkan ketika perlawanan menentang Kelantan FC.
"Sony Norde ada masalah kecederaan...hamstring. Saya tak pasti sama ada beliau boleh bermain esok.
"Bagaimanapun, perkara paling penting semua pemain sudah bersedia untuk bermain dan kami bagus sebagai satu pasukan," katanya.
Dalam pada itu, tonggak import TFC Jordan Mintah yang telah meledak dua gol untuk skuad Penyu musim ini, berharap rakan sepasukannya dapat mengekalkan semangat berpasukan yang tinggi.
Menurutnya sikap mementingkan diri akan merugikan pasukan dan menghampakan harapan penyokong yang inginkan kemenangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
STEINBRUCKNER: Saya sentiasa beritahu pemain supaya kerja keras dan tidak mudah berasa selesa dengan kemenangan lepas. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua tangkapan dibebas tanpa syarat
Tangkapan yang dibebaskan ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pelajar IPT yang ditangkap pada hari kejadian.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Steinbruckner nafi dapat khidmat Ponstonjski untuk TFC
Pengendali skuad Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menafikan desas-desus bakal mendapat khidmat pemain Croatia, Igor Ponstonjski.
Ke mana destinasi Rahadiazli?
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
Penghijrahan ke TFC keputusan sendiri - Akhyar Rashid
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Wajah baharu TFC 'skuad idaman' Steinbruckner
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.
Safawi Rasid tidak lagi panaskan bangku simpanan?
Semoga magis sebagai 'dead ball speacialist" mampu dilakukan Safawi apabila bersama Skuad Penyu.
Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).
Akram Mahinan sah milik TFC
Bukan lagi khabar angin, bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan kini sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).
Ivan Mamut kekal bersama TFC - CEO TFCSB
Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.