KOTA KINABALU: Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) pada Khamis memfailkan satu semakan kehakiman ke atas isu pemberian khas peruntukan 40 peratus kepada Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Permohonan itu difailkan firma guaman J Marimuttu and Partners yang menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai responden.
Berikutan pengumuman pada 14 April mengenai persetujuan dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah, SLS memohon satu pengisytiharan antaranya bahawa kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk melakukan kajian semula kedua dalam 1974 dengan kerajaan negeri merupakan satu kemungkiran dan menyalahi tanggungjawabnya di bawah Perkara 112D, Klausa (1), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan.
SLS memohon bahawa hak 40 peratus itu masih tertunggak dan mesti dibayar Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri untuk setiap tahun kewangan berturut-turut untuk tempoh dari 1971 hingga 2021, yang mana kegagalan membayar hak itu merupakan pelanggaran hak asasi ke atas harta kerajaan Sabah dan terutamanya rakyat Sabah sebagaimana termaktub dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Persatuan itu juga memohon satu perintah mandamus kepada responden untuk melaksanakan satu lagi kajian semula dengan kerajaan negeri di bawah peruntukan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan untuk pelaksanaan pembayaran hak 40 peratus itu untuk setiap tahun kewangan berturut-turut dari 1974 hingga 2021 dalam 30 hari dan untuk mencapai keputusan dalam 90 hari dari tarikh perintah itu dan responden membayar hak itu kepada kerajaan negeri atau atas sebagai kerosakan kerana melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan atau kedua-duanya.
Faktor SLS memohon order dan relief itu merupakan sebahagian daripada keputusan terkandung dalam Warta Persekutuan bertarikh 20 April mengenai kajian semula pemberian khas yang tidak disediakan untuk setiap tahun berturut-turut dari 1974 hingga 2021 yang ultra vires kepada Perlembagaan Persekutuan, melanggar keadilan asasi, tercemar dengan prosedur yang tidak sesuai, tidak rasional dan tidak munasabah serta melangkaui kesemua perkadaran munasabah.
Pemberian khas baharu bagi Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta untuk 2022, menurut kenyataan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor yang diterbitkan dalam Warta Persekutuan pada 20 April.
Menurut kenyataan itu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan meneruskan rundingan berkenaan tuntutan 40 peratus hasil dari Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Permohonan itu difailkan firma guaman J Marimuttu and Partners yang menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai responden. - Gambar hiasan
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
Nyjah Huston & Pamela Rosa juara SLS London
Huston dan Rosa muncul juara kejohanan pertama kelayakan Olimpik Tokyo 2020 bagi disiplin street papan selaju.