awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SMA anjur bengkel persediaan ekonomi digital dan perkasa industri kreatif

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2019
11:57 MYT
SMA anjur bengkel persediaan ekonomi digital dan perkasa industri kreatif
Sarawak Multimedia Authority (SMA) mengambil inisiatif menganjurkan bengkel perkongsian ilmu. - Gambar ihsan SMA.
Persediaan awal dalam berdepan ekonomi digital dan memperkasa industri kreatif amat penting bagi melahirkan generasi yang cilik ilmu dalam bidang tersebut.
Ia sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak memperhebatkan ekonomi digital dalam pentadbiran negeri itu.
Mahu melihat anak-anak Sarawak tidak ketinggalan dalam transformasi kerajaan negeri itu, Sarawak Multimedia Authority (SMA) mengambil inisiatif menganjurkan bengkel perkongsian ilmu.
Bengkel 'Creating content that matters' itu telah berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan Awam Majlis Perbandaraan Sibu, semalam.
Lebih menarik apabila bengkel selama empat jam yang disertai para pelajar, kakitangan kerajaan dan swasta itu menerima penyertaan tinggi bukan sahaja dari Sibu tetapi juga bahagian lain seperti Miri, Tanjung Manis, Kanowit dan Kuching.
Bengkel persediaan awal ekonomi digital dan memperkasa industri kreatif yang dianjurkan SMA di Sibu, semalam. - Foto ihsan SMA
Bengkel persediaan awal ekonomi digital dan memperkasa industri kreatif yang dianjurkan SMA di Sibu, semalam. - Foto ihsan SMA
Menurut kenyataan SMA, kesemua peserta yang mengambil bahagian juga terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti perunding pemasaran dan komunikasi, penulis buku, pengarah kreatif, jurugambar, pembuat filem, pelajar dan pemain industri kreatif lain.
Jelas kenyataan itu lagi, para peserta juga diberikan tugas secara langsung untuk menguji pemahaman dan memastikan mereka mendapat ilmu melalui pengisian sepanjang bengkel itu berlangsung.
"Berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh para peserta, para jurulatih dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi sekali gus memberi cadangan untuk meningkatkan kandungan digital," katanya.
Bengkel 'Creating content that matters' yang dianjurkan SMA di Sibu, semalam. - Foto ihsan SMA
Bengkel 'Creating content that matters' yang dianjurkan SMA di Sibu, semalam. - Foto ihsan SMA
Selain itu, bagi Penerbit video Syafiq Zahin, dia menyertai bengkel itu kerana mahu mempertontonkan kebolehannya dalam penerbitan video kepada orang ramai.
"Sarawak mempunyai banyak perkara untuk dikongsi, hanya perlu mencari dan memperbaiki platform media yang digunakan untuk mempromosi. Perkara itu yang ingin saya belajar menerusi bengkel ini," katanya.
SMA berharap bengkel seperti itu dapat diadakan di seluruh Sarawak dan berupaya membantu meningkatkan industri kreatif Sarawak sejajar dengan strategi ekonomi digital Kerajaan Sarawak.
Topic Berkaitan
#ekonomi digital
#industri kreatif
#Sarawak
#Sarawak Multimedia Authority
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan