awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SMS bantu mangsa taufan Haiyan

Tan Su Lin
Tan Su Lin
28/11/2013
22:52 MYT
SMS bantu mangsa taufan Haiyan
Orang ramai kini boleh menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa taufan Haiyan di Filipina hanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).
Ia berikutan pelancaran Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang membolehkan pengguna menderma dengan menghantarkan SMS kepada 13999.
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, usaha berkenaan turut mendapat kerjasama daripada semua syarikat telekomunikasi di negara ini.
"Sekiranya sistem ini berkesan, baik dan mudah dan tidak ditimbulkan masalah kerana faktor lain saya rasakan sistem yang kita harapkan akan dikembangkan sekiranya kita memerlukan penglibatan orang ramai memberi sumbangan ini cara paling mudah. Anak kecil yang ada telefon dia pun boleh beri sumbangan seringgit, 3, 5 ringgit dan sebagainya." kata Ahmad Shabery dengan harapan kempen kemanusiaan sebegini dapat menyemai budaya menderma dalam kalangan rakyat Malaysia kepada golongan yang memerlukan.
Ahmad Shabery berkata sistem itu dicontohi daripada apa yang diamal di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, semasa mengumpul dana bagi membantu mangsa taufan Katrina.
"Ini merupakan cara mudah menggalakkan orang ramai memberi sumbangan, terutama di kawasan luar bandar, kerana mereka tidak perlu ke bank atau pejabat pos untuk menderma," tambahnya.
Beliau berkata setiap nilai derma akan disalur sepenuhnya kepada tabung itu dan disampaikan kepada pihak kedutaan Filipina pada Januari tahun depan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pengaktifan sms 13999 dan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia di Kuala Lumpur.
Sementara itu, kedutaan Filipina bersyukur atas keprihatinan Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Sikap belas kasihan dan persahabatan Malaysia serta masyarakat di seluruh dunia banyak memberikan kami inspirasi untuk meneruskan kehidupan serta membina semula komuniti kami di sana." kata Medardo G. Macaraig, Menteri dan Konsul Jeneral kedutaan Filipina yang turut hadir pada majlis pelancaran itu.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menaip M4P [jarak] 1 / 3/ 5/ 10 untuk sumbangan bernilai RM1, RM3, RM5 atau RM10 dan hantarkan kepada 13999 pada telefon bimbit masing-masing.
Taufan yang membadai Filipina awal November lalu itu dianggar telah meragut lebih 5 ribu nyawa manakala 1.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
Topic Berkaitan
#Filipina
#Haiyan
#taufan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan