awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat Aidilfitri dua kali: Imam tampil beri penjelasan

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2023
16:10 MYT
Solat Aidilfitri dua kali: Imam tampil beri penjelasan
Imam Mohd Fikir Hamzah menerusi akaun TikToknya pada Ahad mengakui dia adalah imam yang bertanggungjawab hingga solat sunat Aidilfitri di masjid itu menjadi tular kerana terpaksa diulang semula. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Imam 1 Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ) tampil memberi penjelasan berhubung isu solat sunat Aidilfitri yang terpaksa dilakukan semula pada Sabtu.
Imam berkenaan, Mohd Fikir Hamzah menerusi akaun TikToknya pada Ahad mengakui dia adalah imam yang bertanggungjawab hingga solat sunat Aidilfitri di masjid itu menjadi tular kerana terpaksa diulang semula.
Menurutnya, dia mengakui memang terlupa untuk mengangkat takbir lima kali pada rakaat kedua solat berkenaan namun meneruskan solat sehingga selesai.
"Selepas beri salam, saya berbincang dengan jemaah di saf pertama dan masing-masing beri pendapat ada yang kata terus khutbah dan ada kata buat solat semula, kemudian saya buat keputusan untuk bincang dengan semua jemaah.
"Saya buat pengumuman solat tadi ada kesilapan, kemudian saya tanya pendapat semua jemaah apakah kita hendak teruskan khutbah atau sembahyang semula.
"Rata-rata jemaah hendak solat semula, jadi saya buat keputusan untuk solat semula," katanya.
Beliau menjelaskan berdasarkan hukum juga tidak jadi masalah solat pertama itu sah dan kedua itu juga sah.
"Saya dah rujuk guru dan mereka yang pakar dalam bidang ini dan mengulangi solat Aidilfitri itu adalah sah dan tidak menjadi kesalahan," katanya.
Dalam pada itu beliau turut menasihati umat Islam supaya datang ke masjid kerana ALLAH SWT.
"Datang masjid bukan kerana imam, bukan kerana sebab ada 'aircond' atau hendak cari kesalahan orang lain," ujarnya.
Mohd Fikir turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memahami, memuji dan bersangka baik dengan apa yang terjadi.
"Kepada yang komen tak baik dan sebagainya saya dah maafkan, kira-kosong-kosong tIada masalah," katanya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Imam terlupa takbir
#Imam beri penjelasan
#Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut
#solat Aidilfitri dua kali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan