SHAH ALAM:Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan pelaksanaan solat fardu dan solat Jumaat dijalankan mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, mulai semalam.
Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata kebenaran itu melibatkan 130 masjid, 21 surau kebenaran Jumaat serta 453 surau, di ketiga-tiga daerah berkenaan yang dikategorikan sebagai Zon Hijau.
"Program pengimarahan seperti kuliah Maghrib, kuliah Subuh, kuliah Dhuha dan bacaan Yassin juga dibenarkan dengan syarat penceramah dijemput dari Zon Hijau sahaja manakala kebenaran kehadiran jemaah solat Jumaat dan solat fardhu adalah untuk jemaah warganegara sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kebenaran itu bagaimanapun tidak terpakai di Mukim Kuala Selangor yang melibatkan sebuah masjid, dua surau kebenaran Jumaat dan dua surau, berikutan perkembangan terkini penularan COVID-19 di mukim berkenaan.
"Arahan khusus telah dikeluarkan JAIS kepada Pejabat Agama Islam Daerah yang terlibat untuk dikuatkuasakan serta merta," katanya.
Mohd Shahzihan berkata JAIS berharap agar seluruh umat Islam di Selangor meningkatkan disiplin, kawalan kendiri, bersabar dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh JAIS, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020

Kebenaran itu melibatkan 130 masjid, 21 surau kebenaran Jumaat serta 453 surau di tiga daerah. - Gambar hiasan

RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA
Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.

Proklamasi darurat bukan bermotifkan politik - Takiyuddin
Beliau berkata pengurusan COVID-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

Hanya dua daerah di Sabah zon kuning, tiga zon jingga
Daerah yang berada dalam zon kuning ialah Tongod dan Telupid manakala Nabawan, Beluran serta Kuala Penyu diletak di bawah zon jingga.

Tular lelaki pakai gelang KKM berkeliaran di RnR Bukit Gantang tidak benar
Lelaki yang diperiksa polis pada kira-kira 11.05 pagi semalam bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

AWANI Ringkas: Pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

JAIS siasat usahawan kosmetik Muhammad Sajjad
Siasatan tersebut susulan tindakan Muhammad Sajjad di dalam negeri ini serta beberapa aduan yang diterima jabatan berkenaan pada 2018 dan tahun lepas.

PKP: Solat Jumaat, fardu ditangguh, akad nikah secara dalam talian - JAIS
Solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau di Selangor ditangguhkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari mulai hari ini.

Solat Jumaat, fardu di Selangor dibenarkan ikut jumlah jemaah ditetapkan
JAIS membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai Isnin lepas.

Solat fardu dan solat Jumaat dibenar di zon hijau - JAIS
Dijalankan mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS
JAIS mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan bermula petang semalam.

Aktiviti masjid, surau di mukim Klang dan Kapar ditangguh - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di mukim Klang dan Kapar, ditangguhkan mulai semalam sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

COVID-19: JAIS pertimbang longgar SOP pernikahan di Selangor
JAIS bersedia untuk mempertimbangkan kelonggaran majlis pernikahan namun bergantung kepada keadaan semasa COVID-19 di Selangor.

JAIS: Kursus pra-perkahwinan secara dalam talian
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan untuk melaksanakan Kursus Pra-perkahwinan Islam (KPPI) secara dalam talian bermula 13 Jun depan.

COVID-19: JAIS seru umat Islam sertai program Rakyat Selangor Berdoa
Program berzikir dan berdoa itu akan dilaksanakan di rumah masing-masing #stayathome pada 8.50 malam selepas solat Isyak.

Tiada masjid ditutup di Shah Alam
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan Masjid Al Munawwarah, Seksyen 27 di sini, ditutup sementara waktu termasuk solat fardhu berikutan seorang jemaahnya dipercayai dijangkiti virus COVID-19.