Solat hajat dan doa selamat akan diadakan di tiga masjid utama selepas solat Isyak, pada Sabtu.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya, ia bertujuan melindungi negara daripada penularan jangkitan Koronavirus.

Beliau berkata, tiga masjid tersebut adalah Masjid Negara, Kuala Lumpur; Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

BACA: "Mohonlah pada Allah selamatkan Malaysia" - Mufti Wilayah saran tunai solat hajat bendung koronavirus

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan koronavirus!

"Jakim menjemput umat Islam untuk turut serta menunaikan solat hajat dan membanyakkan doa di samping mengikut segala saranan amalan kesihatan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Jakim memohon kerjasama dan jasa baik semua Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk sama-sama menganjurkan solat hajat dan doa melalui masjid-masjid bawah seliaan mereka di seluruh negara," tambahnya.