awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
Kampung Angkat MADANI: KPKT siapkan projek pembangunan di Kampung Tok Kepak
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat Istisqa’ seluruh Johor, mohon hujan redakan kebakaran

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2026
23:45 MYT
Solat Istisqa’ seluruh Johor, mohon hujan redakan kebakaran
Sekitar 12 hektar hutan tanah gambut di Batu 13 Bukit Naning, Johor dilaporkan terbakar pada Sabtu. - Foto JBPM Johor/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Semua masjid dan surau di seluruh Johor diarahkan menganjurkan solat sunat istisqa’ secara berjemaah selama tiga hari bermula Ahad.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, solat berkenaan dilaksanakan selepas solat fardu Zohor dari 1 hingga 3 Februari.
“Menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail agar solat berkenaan dilaksanakan selepas solat fardu Zohor.
“Usaha ini bagi memohon ke hadrat ALLAH SWT supaya diturunkan hujan bagi mengisi semula pusat-pusat tadahan air di negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, langkah itu juga diharap dapat memastikan bekalan air bersih mencukupi bagi memenuhi keperluan Bangsa Johor yang dikasihi.
“Selain itu, usaha ini diharapkan dapat membantu meredakan serta memadam kebakaran yang dilaporkan berlaku di beberapa lokasi di negeri Johor kebelakangan ini,” katanya.
Sebelum itu, kebakaran tanah gambut yang melanda kawasan Jalan Sungai Kapal dan Taman Bayu Damai, Pengerang sejak 23 Januari mencecah hampir 100 hektar sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Jumaat lalu.
Seramai 153 penduduk Taman Bayu Damai yang terdiri daripada 50 keluarga telah ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan sejak kebakaran berlaku.
Seterusnya pada Sabtu, kira-kira 12 hektar (30 ekar) hutan tanah gambut terbakar di Batu 13 Bukit Naning, berhampiran Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Bukit Naning, Muar. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran tanah gambut
#Solat Istisqa
#Johor
#masjid
#Bukit Naning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan