SHAH ALAM:Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai Isnin lepas.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penetapan jumlah jemaah itu dibuat berdasarkan perkembangan semasa pandemik COVID-19 di kawasan setempat melibatkan masjid, surau kebenaran Jumaat serta surau di negeri berkenaan.
Bagi masjid negeri dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, sebanyak 500 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan 150 jemaah untuk solat fardu, sementara untuk 39 masjid pengurusan dan 17 masjid institusi, sebanyak 300 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan 150 jemaah solat fardu.
"Masjid dan surau kebenaran Jumaat di daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor pula, jumlah jemaah solat Jumaat ialah mengikut kapasiti sebenar dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter manakala untuk solat fardu, sebanyak 40 jemaah termasuk pentadbir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, untuk masjid dan surau kebenaran Jumaat di Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang, Hulu Langat dan Gombak, hanya 40 jemaah termasuk pentadbir fasiliti itu dibenarkan untuk solat Jumaat serta solat fardu.
Katanya, semua surau termasuk surau institusi di seluruh Selangor pula dibenarkan 40 jemaah menunaikan solat fardu.
Mohd Shahzihan turut berkata, semasa menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung perkenan kebenaran solat itu semalam, baginda menzahirkan rasa dukacita apabila sesetengah pihak mendakwa masjid dan surau di negeri itu telah ditutup.
Katanya, baginda juga berdukacita dengan tanggapan segelintir masyarakat bahawa ketetapan dibuat sebelum ini ibarat menghalang umat Islam beribadah di masjid dan surau.
"Secara faktanya, masjid dan surau di Selangor terus dibuka secara berperingkat berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19. Bagaimanapun, perkara ini tidak disiarkan oleh media kerana kebenaran berkenaan kerap berubah mengikut keadaan setempat.
"Justeru, baginda mahu kebenaran baharu solat itu dimanfaatkan sebaiknya oleh ahli kariah dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard ditetapkan supaya masjid dan surau tidak menjadi tempat cetusan baharu penularan COVID-19," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 06 2021

Solat Jumaat dan solat fardu di Selangor dibenarkan dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai 3 Januari lalu. - Gambar hiasan

RM45 juta dari Tabung COVID-19 diagihkan - NADMA
Tabung COVID-19 yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lepas telah menerima sumbangan terbaharu sebanyak RM20 juta baru-baru ini.

Proklamasi darurat bukan bermotifkan politik - Takiyuddin
Beliau berkata pengurusan COVID-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

Hanya dua daerah di Sabah zon kuning, tiga zon jingga
Daerah yang berada dalam zon kuning ialah Tongod dan Telupid manakala Nabawan, Beluran serta Kuala Penyu diletak di bawah zon jingga.

Tular lelaki pakai gelang KKM berkeliaran di RnR Bukit Gantang tidak benar
Lelaki yang diperiksa polis pada kira-kira 11.05 pagi semalam bukan warga asing malah tidak mengenakan gelang tangan KKM seperti didakwa.

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

AWANI Ringkas: Pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Solat Jumaat, fardu di Selangor dibenarkan ikut jumlah jemaah ditetapkan
JAIS membenarkan solat Jumaat dan solat fardu di negeri itu dijalankan mengikut jumlah jemaah yang ditetapkan mulai Isnin lepas.