awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solat Jumaat kekal satu sesi di WP, terpulang kepada negeri buat dua sesi - Dr Zulkifli

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2020
09:37 MYT
Solat Jumaat kekal satu sesi di WP, terpulang kepada negeri buat dua sesi - Dr Zulkifli
MKI telah mengadakan perbincangan baru-baru ini berhubung pelaksanaan solat Jumaat dua sesi. - Gambar Fail
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) memutuskan solat Jumaat kekal dilaksanakan dalam satu sesi sahaja, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.
Namun, Zulkifli menjelaskan setiap negeri mempunyai hak untuk melaksanakan solat Jumaat dua sesi jika pihak majlis agama negeri mahu ia dilaksanakan.
Menurut beliau, sehingga kini, pihaknya tidak mendengar mana-mana negeri melakukan solat Jumaat secara dua sesi.
"Kita telah setuju solat Jumaat satu sesi sahaja dan itulah yang diputuskan bahkan kita membesarkan jumlah jemaah yang dibenarkan hadir.
"Ia mengikut SOP dan penjarakan sosial bukan kita laksanakan semata-mata dalam masjid tetapi juga di ruang tepi masjid.
"Kawasan lain dalam masjid contohnya kalau ada khemah dengan sejadah yang mereka bawa mereka boleh solat Jumaat dan ini yang berlaku di Wilayah Persekutuan sebagai contoh.
"Justeru sekarang ini kita telah mengambil ketetapan, contohnya di Wilayah Persekutuan kita tidak akan buat dua sesi kita buat satu sesi sahaja," katanya selepas program Yadim Peduli Pasca Musaádah COVID-19 di Pelabuhan LKIM Chendering, Kuala Terengganu pada Ahad.
Sebelum ini, MKI telah mengadakan perbincangan berhubung pelaksanaan solat Jumaat dua sesi.
Ia adalah langkah membolehkan lebih ramai jemaah dapat menunaikan solat Jumaat selepas lebih tiga bulan masjid ditutup kepada orang awam berikutan pandemik COVID-19.
Difahamkan masjid di Singapura telah dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat dua sesi solat pada 26 Jun lepas yang diadakan dengan selang waktu sekitar 30 minit antara dua sesi tersebut.
Topic Berkaitan
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#dua sesi
#hal ehwal agama
#menteri
#MKI
#satu sesi
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan